Wednesday, March 31, 2010

TAWARAN KE TINGKATAN 6 2010


SEJAK KEBELAKANGAN INI, RAMAI PELAJAR TINGKATAN 5 / 2009 MERUJUK KEPADA KAMI BERKENAAN PENGAMBILAN PELAJAR KE TINGKATAN 6 BAWAH 2010.

SEHUBUNGAN ITU, POHON KERJASAMA KEPADA PIHAK SEKOLAH MEMAKLUMKAN BAHAWA PARA PELAJAR BOLEH BERTANYAKAN BERKAITAN PENGAMBILAN PELAJAR KE TINGKATAN 6 MELALUI 3 SALURAN :

1. SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, PPD HULU SELANGOR ( UP. EN. MOHD. ZAWAWI)
2. SEKOLAH MENENGAH YANG MENAWARKAN TINGKATAN 6 (SMK KUALA KUBU BHARU, SMK SYED MASHOR DAN SMK SUNGAI CHOH)
3. MERUJUKI LAMAN SESAWANG KPM http://www.moe.gov.my

KERJASAMA ANDA ADALAH DIPOHON AGAR PARA IBU BAPA TIDAK MERUNGUT KERANA MEREKA TELAH DISALAH ARAHKAN UNTUK BERURUSAN.

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PADA HARI INI (31 MAC 2010) IALAH HARI TERAKHIR PENDAFTARAN SPM (U) BAGI CALON-CALON MENGULANG 2010 DI JABATAN PELAJARAN SELANGOR. MULAI ESOK, PIHAK KAMI TIDAK AKAN MENGELUARKAN SEBARANG BORANG PENDAFTARAN.

HARAP MAKLUM.

Tuesday, March 30, 2010

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR 2010


PENCALONAN GURU INOVATIF HARI GURU 2010


SPA PPD HULU SELANGOR MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH SERTA SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA GURU-GURU DAERAH INI YANG MENYAHUT CABARAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN GURU INOVATIF HARI GURU 2010.

KATEGORI PRASEKOLAH

PN. HUSNA BINTI HUSAIN
GURU CEMERLANG PRASEKOLAH
SK KAMPUNG KUANTAN
"MENGENAL ABJAD SECARA RAWAK"

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

PN. SARALA A/P SUBRAMANYAM
GURU SUMBER BAHASA INGGERIS DAERAH
SK KUALA KUBU BHARU SATU
"LEARNING ENGLISH THROUGH LITERATURE IN A FUN WAY."

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

TN. HAJI RAFIEI BIN MUSTAPHA
PENGETUA CEMERLANG
SM SAINS HULU SELANGOR
" PEMIKIRAN KRITIS MELALUI BUKU CATATAN PERHIMPUNAN. "

PN. ZALIHA BINTI SHEIKH MUHAMED
GURU CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN
SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)
" PROGRAM Q-MATHS. "

EN. ABD. RAZAK BIN HASHIM
GURU PERAKUANAN
SMK BUKIT SENTOSA
" MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN TOPIK DOKUMEN PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI KAEDAH HURUF. "

KAMI SENTIASA MENDOAKAN AGAR BAHAN INOVASI PESERTA KITA AKAN DITERIMA OLEH PARA JURI UNTUK DIMAJUKAN SERTA DAPAT DISEBARLUASKAN KEPADA RAKAN-RAKAN GURU YANG LAIN.

Thursday, March 25, 2010

PERHATIAN !!!!!!!!!


Berikut ialah panggilan terakhir kepada semua guru inovatif daerah Hulu Selangor !!!

Sila hantar borang pencalonan tuan-tuan kepada En. Mohd. Hasren bin Damiri / En. Mohd. Zaki bin Mohd. Yusuf sebelum pukul 12.00 tengah hari 29 Mac 2010.

GURU INOVATIF PENCETUS KECEMERLANGAN MURID.

Monday, March 22, 2010

MAKLUMAT PENTING

MESYUARAT PENGURUSAN SM DAERAH HULU SELANGOR 2010

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MESYUARAT TERSEBUT AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN YANG BERIKUT :

23 MAC 2010 (SELASA)
8.30 PAGI
BILIK MESYUARAT PPD HULU SELANGOR

SEMUA PENGETUA ADALAH DIWAJIBKAN HADIR.

PIHAK SPA PPDHS AKAN MENYERAHKAN WATIKAH LANTIKAN PANITIA MATA PELAJARAN SERTA SIJIL KECEMERLANGAN SEMASA MESYUARAT TERSEBUT.

Saturday, March 20, 2010

Sekolah datang lagi...

Hari ni hari Ahad. Esok sudah pasti hari Isnin. Sekolah akan mula dibuka setelah seminggu sunyi tanpa bunyi hiruk pikuk pelajar kecuali beberapa kerat murid dan guru yang bermotivasi mengadakan kelas tambahan untuk kelas UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tahniah daripada kami.

Hari ini cikgu-cikgu mulai berfikir apakah strategi baru yang perlu dilaksanakan untuk memastikan murid-murid semakin pandai. Setelah seminggu hati tenang berehat, mulai esok akan mulai melayan karenah pelajar. Dari sebaik-baik pelajar sehingga senakal-nakal pelajar. Tak mengapa, itulah lumrah pelajar, nakal adalah sikap mereka kerana murid sekolah rendah itu suka bermain manakala remaja itu suka mencuba. Sebagai guru, banyaklah bersabar dan terus menasihati mereka. Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah memberitahu, pembentukan sifat positif itu akan berlaku setelah 40 kali kita membuat teguran dan nasihat.

Kepada para guru :
1. Sudahkah siapkan rancangan mengajar untuk esok?
2. Sudahkah selesai memeriksa kertas ujian bulan Mac tempohari?
3. Sudahkah selesai menanda buku latihan murid?
4. Sudahkah menyiapkan bahan bantu mengajar?

Semoga cuti seminggu yang berlalu memberikan motivasi yang tinggi untuk hari esok.

Kepada semua pelajar asrama SM Sains Hulu Selangor, SAMT KKB dan SMK KKB, selamat kembali ke asrama. Kepada budak junior, mesti sedih kerana "home sick" masih ada lagi kerana rindu akan masakan ibu. Bagi budak senior, mesti tengah gembira kerana dapat berjumpa geng-geng seasrama. Yang penting, jaga peraturan asrama dan jadi pelajar yang cemerlang.

Kepada semua murid, jangan lupa hadir ke sekolah untuk belajar. Terima kasih kerana hadir ke sekolah. Ingat selalu, datang dengan harapan, pulang dengan kecemerlangan.

Tingkat kecemerlangan sukan, kurangkan masalah disiplin agar menjadi murid yang cemerlang dalam akademik dan disegani dalam bidang kokurikulum.

Kepada semua guru, selamat mengajar dan kita masih jauh lagi untuk mengejar kejayaan. Banyak lagi program Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dilaksanakan. Terima kasih kerana anda menjadi seorang guru.

Tuesday, March 16, 2010

NO FAKSIMILI


ATAS PERMINTAAN KEBANYAKAN SEKOLAH, NO FAKSIMILI PPD CAWANGAN DIAKTIFKAN SEMULA.

OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH BOLEH MENGGUNAKAN NO. 60641818 SELAIN DARIPADA NO UTAMA 60641424.

HARAP MAKLUM...

PENDAFTARAN SPM (U) - BERPUSAT


Adalah dimaklumkan bahawa pihak Sektor Penilaian, Jabatan Pelajaran Selangor akan hadir ke PPD Hulu Selangor pada 22 Mac 2010 (Isnin) dari pukul 9.30 pagi - 4.30 petang bagi sesi pendaftaran SPM (U) 2010.

Kepada semua calon SPM (U) bagi kertas BM dan Matematik (Jun 2010) serta kertas yang lain dan ingin mengulang, anda adalah dipelawa untuk hadir ke PPD Hulu Selangor untuk membuat pendaftaran. Selain dari tarikh tersebut, semua calon dikehendaki mendaftar di Jabatan Pelajaran Selangor, Seksyen 4, Shah Alam.

BENGKEL PENTAKSIRAN KERTAS PSV SR 2010


Bengkel Pentaksiran Kertas Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 2010 yang telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Seni Visual dipengerusikan oleh GB SK Taman Bunga Raya (1) akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 24 Mac 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Hulu Selangor.

Semua KP PSV SR adalah diwajibkan untuk hadir.

Sila bawa bersama-sama satu contoh kerja murid bagi setiap bidang kemahiran di dalam PSV dan contoh kertas penilaian PSV yang telah diedarkan oleh pihak panitia dalam mesyuarat kali pertama 2010.

Sunday, March 14, 2010

BALASUNGKAWA - SIRI 3

Pihak kami telah dikejutkan dengan penghantaran sms; memaklumkan berita sedih yang menimpa Pn. Asmah binti Abdul Hamid; Guru Pendidikan Khas SMK Bukit Sentosa. Suami beliau telah pulang ke rahmatullah dan jenazahnya telah dibawa ke Jeram, Selangor.

Pn. Asmah adalah merupakan bekas guru SMK Serendah dan beliau juga ialah jurulatih utama Pendidikan Khas bagi daerah Hulu Selangor. Bagi pihak PPD Hulu Selangor, kami merakamkan rasa takziah kepada beliau. Marilah kita berdoa agar allahyarham ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman.

Alfatihah!


Thursday, March 11, 2010

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2010

Berikut dipaparkan jadual peperiksaan yang diambil daripada Laman Sesawang KPM.

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2010
UPSR
Ujian Bertulis 21 - 23 September 2010
PMR
Ujian Bertulis 5 - 7 Oktober 2010
11 - 12 Oktober 2010
SPM
Amali 19 - 21 Oktober 2010
Ujian Bertulis 22 November - 16 Disember 2010
STAM
Ujian Lisan 18 - 20 Oktober 2010
Ujian Bertulis 26 - 27 Oktober 2010
SPM (Ulangan)
22 - 23 Jun 2010

CUTI DATANG LAGI...


Setelah penat belajar dan mengajar selama hampir dua bulan, sudah tiba masanya para guru dan murid berehat sebentar selama seminggu. Semoga cuti ini dapat menghilangkan stress dalam kalangan guru-guru agar dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran separuh semester pertama yang kedua.

Kepada yang akan pulang bercuti ke kampung, berhati-hati memandu. Gunakan RnR jikalau mengantuk serta jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai statistik kemalangan. Mulakan dengan bismillah serta doa naik kenderaan.

Kepada yang mempunyai anak yang baru sahaja menerima keputusan SPM dan STPM 2009, berkunjunglah ke karnival IPTA yang akan berlangsung. Berikanlah pendedahan kepada anak-anak agar mereka memilih jurusan yang sesuai.

Kepada guru-guru yang akan ke jinjang pelamin, Selamat Pengantin Bharu daripada kami. Jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi.

Yang tidak ke mana-mana, jangan lupa membawa kaum keluarga ke Pesta Buku 2010.



Selamat Bercuti ....

SPM 2009


Sektor Pengurusan Akademik ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua sekolah yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2009 serta murid-murid yang telah meraih straight A's. Kami akan berkongsi dengan pembaca berkenaan keputusan SPM daerah Hulu Selangor 2009.

Sunday, March 7, 2010

Pemantauan Kelompok Kurikulum - Bil. 2 / 2010


Pada 18 Februari 2010 yang lalu, Pengurusan Akademik telah berkampung sejak pukul 7.30 pagi lagi untuk pemantauan berkelompok di SK Sungai Selisek. Pemantauan kali ini diketuai oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik, Ketua Unit Sains dan Matematik, Ketua Unit Teknik dan Vokasional, Ketua Unit Sains Kemanusiaan, Pegawai KBSR dan Penyelia j-QAF.

Pada pemantauan kali ini, kami berjaya memantau 7 sesi pengajaran dan pembelajaran, pusat sumber sekolah, pengurusan fail kurikulum dan Program Gerakan Membaca SK Sungai Selisek. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga sekolah atas kerjasama dan layanan yang diberikan serta kesanggupan menunggu sehingga jam 2.00 petang untuk sesi taklimat pasca pemantauan.

Saturday, March 6, 2010

Sekadar renungan ...


Minggu lepas, blogger telah ditemui oleh seorang guru yang berada dalam keadaan yang amat stress. Kasihan melihat dan mendengar masalah yang disampaikan tetapi atas dasar empati, kita hanya dapat berkongsi masalah sekadar di luaran sahaja. Mata yang memandang sudah pasti tidak sama dengan bahu yang memikul.

Guru itu menanggung masalah kerana dia tersepit dalam kemelut organisasinya yang tidak pasti ke mana arah tujuan. Dia yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru yang boleh 'transform' organisasinya telah terpinggir malahan ramai yang mencemuhnya. Dia rasa begitu kesendirian dalam meneruskan hidupnya di sekolah tersebut. Perasaan serta cemuhan ini menyebabkan dirinya berada dalam tertekan dan impaknya, dia benci akan sekolahnya, rakan-rakannya serta pentadbirnya yang masih berada dalam zon selesa yang menakutkannya serta tidak melihat kecemerlangan dalam mata kaca mata seorang pemimpin.

Argh... bukan senang kami di SPA PPDHS ingin membantu kerana ingin menyelesaikan masalah ini bagaikan menarik selumbar di dalam daging, dibiarkan sakit, ditarik juga sakit, dicungkil juga sakit. Bukan mudah diselesaikan kerana pasti banyak hati yang terluka kalau kami campur tangan dalam hal tersebut.

Tiba-tiba semalam blogger terbaca Buletin IAB, Bilangan 2/2007; mungkin ramai antara kita pernah mendengar dan membaca (terutamanya peserta Kursus ETeMS). Adalah baik kiranya blogger berkongsi dengan guru yang tertekan serta siapa sahaja supaya ini menjadi penampan kepada tergelincirnya sebuah keretapi daripada rel untuk ke stesen seterusnya.



A carrot, an egg and a cup of coffee ...

A young woman went to her mother and told her about her life and how things were so hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed as one problem was solved, a new one arose.

Her mother took her to the kitchen. She filled three pots with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to boil. In the first placed carrots, in the the second she placed eggs, and the last she placed ground coffee beans. She let them sit and boil, without saying a word.

In about 20 minutes she turned off the burners. She fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and placed them in a bowl. Then she ladled the coffee out and placed it in a bowl.

Turning to her daughter, she asked, "Tell me what you see?"

"Carrots, eggs and coffee," she replied.

Her mother brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and noted that they were soft.

The mother then asked the daughter to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard boiled egg.
Finally, the mother asked the daughter to sip the coffee. The daughter smiled as she tasted its rich aroma. The daughter then asked , "What does it mean, mother?"

Her mother explained that each of these objects had faced the same adversity; boiling water. Each reacted differently.

The carrot went in strong , hard and unrelenting. However, after being subjected to the boiling water, it softened and became weak.

The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but after sitting through the boiling water, its inside became hardened.

The ground coffee beans were unique, however. After they were in the boiling water, they had changed the water.

"Which are you?" she asked her daughter. "When adversity knocks on our door, how do you respond?"

Are you a carrot, an egg or a coffee bean? Think of this, which am I?

Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength? Am I the egg that starts wit a malleable heart, but changes with the heat? Did I have a fluid spirit but after a death, a breakup, a financial hardship or some other trial, have I become hardened and stiff? Does my shell look the same, but on the inside am I bitter and though with a tiff spirit and hardened heart? Or am I like the coffee bean? The bean actually changes the hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets hot, it releases the fragrance and flavor. If you are like the bean, whwn things are at their worst, you get better and change the situation around you.


When the hour is the darkest and trials are their greatest, do you elevate yourself to another level? How do you handle adversity?


Tanyalah pada diri kita sendiri, mana pilihan kita. Semoga guru yang berkongsi masalah dengan blogger atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dengan organisasi akan memilih salah satu antara tiga... lobak, telur atau pun biji kopi...


[ Dalam ayat Al Quran (dengan izin bagi bagi yang bukan beragama Islam);

18. Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? dan banyak di antara manusia yang Telah ditetapkan azab atasnya. dan barangsiapa yang dihinakan Allah Maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dia kehendaki.

Surah Al-Hajj: Ayat18]


arain_sdarian87@yahoo.com


Thursday, March 4, 2010

NO TELEFON MEJA PEGAWAI

MULAI 1 MAC 2010, NO TALIAN MEJA PENGURUSAN AKADEMIK ADALAH SEPERTI YANG DINYATAKAN DI BAWAH :

PEN. PPD AKADEMIK / KU BAHASA - 60645986
KU SAINS KEMANUSIAAN DAN KU TEKNIK DAN VOKASIONAL - 60651101
KU SAINS & MATEMATIK DAN PENYELIA PEND. ISLAM - 6065 1102
PENGELOLA CEMERLANG PEPERIKSAAN - 60641926
PEGAWAI KHAS PEP, STAF MPM DAN PEN. PENY PEND. ISLAM - 60641881
PENYELIA KBSR & PENYELIA AKADEMIK - 60641818

NO. FAKSMILI - 60641424

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)