Saturday, March 20, 2010

Sekolah datang lagi...

Hari ni hari Ahad. Esok sudah pasti hari Isnin. Sekolah akan mula dibuka setelah seminggu sunyi tanpa bunyi hiruk pikuk pelajar kecuali beberapa kerat murid dan guru yang bermotivasi mengadakan kelas tambahan untuk kelas UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tahniah daripada kami.

Hari ini cikgu-cikgu mulai berfikir apakah strategi baru yang perlu dilaksanakan untuk memastikan murid-murid semakin pandai. Setelah seminggu hati tenang berehat, mulai esok akan mulai melayan karenah pelajar. Dari sebaik-baik pelajar sehingga senakal-nakal pelajar. Tak mengapa, itulah lumrah pelajar, nakal adalah sikap mereka kerana murid sekolah rendah itu suka bermain manakala remaja itu suka mencuba. Sebagai guru, banyaklah bersabar dan terus menasihati mereka. Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah memberitahu, pembentukan sifat positif itu akan berlaku setelah 40 kali kita membuat teguran dan nasihat.

Kepada para guru :
1. Sudahkah siapkan rancangan mengajar untuk esok?
2. Sudahkah selesai memeriksa kertas ujian bulan Mac tempohari?
3. Sudahkah selesai menanda buku latihan murid?
4. Sudahkah menyiapkan bahan bantu mengajar?

Semoga cuti seminggu yang berlalu memberikan motivasi yang tinggi untuk hari esok.

Kepada semua pelajar asrama SM Sains Hulu Selangor, SAMT KKB dan SMK KKB, selamat kembali ke asrama. Kepada budak junior, mesti sedih kerana "home sick" masih ada lagi kerana rindu akan masakan ibu. Bagi budak senior, mesti tengah gembira kerana dapat berjumpa geng-geng seasrama. Yang penting, jaga peraturan asrama dan jadi pelajar yang cemerlang.

Kepada semua murid, jangan lupa hadir ke sekolah untuk belajar. Terima kasih kerana hadir ke sekolah. Ingat selalu, datang dengan harapan, pulang dengan kecemerlangan.

Tingkat kecemerlangan sukan, kurangkan masalah disiplin agar menjadi murid yang cemerlang dalam akademik dan disegani dalam bidang kokurikulum.

Kepada semua guru, selamat mengajar dan kita masih jauh lagi untuk mengejar kejayaan. Banyak lagi program Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dilaksanakan. Terima kasih kerana anda menjadi seorang guru.

No comments:

Post a Comment

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)