Monday, July 25, 2011

TAKLIMAT PEMBUGARAN SAPS 2011



Tuan Haji Ruslan memberikan taklimat

Pada hari Khamis 21hb Julai 2011, bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, satu taklimat khas dilakukan bagi pengisian data Sistem Analisis peperiksaan Sekolah SAPS. Pegawai dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Tuan Haji Ruslan Bin Abdul Penolong Pengarah Kanan Unit Sains turut sama menjayakan program taklimat tersebut.

Kepada semua diharap dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mengisi data berkenaan dan pihak pentadbiran khususnya pengetua dan guru besar sekolah, perlu jelas bahawa program ini merupakan salah satu program NKRA yang sedang terlaksana.

Setiausaha Peperiksaan dan penyelaras SAPS mendengar taklimat

Berikut rujukan pautan bagi taklimat yang dijalankan pada hari tersebut.

Taklimat........................... Isu1

.Isu 2....................Isu 3

Friday, July 22, 2011

PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MASIH BELUM DAFTAR MURID


Kepada pihak sekolah yang gagal import masuk nama pelajar dari data SMM sila lakukan langkah berikut:

1. SUP daftar Guru Kelas kepada Level Guru Kelas ( level 2)
2. Guru kelas akses masuk dan lakukan proses tambah murid secara manual seperti gambar di bawah.
Segala kesulitan amat dikesali..

Sekian terima kasih.

Monday, July 18, 2011

BENGKEL PEMBUGARAN PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) PROGRAM NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 21 Julai 2011 - Khamis

Masa : 8.00 pagi — 12.30 tgh

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PPD Hulu Selangor

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk membenarkan Penyelaras SAP bagi sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. Bagi melicinkan perjalanan bengkel tuan dikehendaki menyediakan perkara-perkara berikut :

a) Broadband, wayar penyambung, labtop

b) Data SAP (TOV, Bahasa Melayu bagi satu kelas yang telah diisi dan dicetak dalam SAPR 1-6,SAP 123, SAP 45)

c) Data SMM terkini

d) Salinan senarai Nama Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran beserta Kad Pengenalan

Sila muat turun surat berkaitan pada pautan di bawah.

........................................

Surat penyelaras SAPS ........................... Surat JU SAPS

Syabas dah Tahniah pemenang Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2011


Pada 14 - 17 Julai 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, penyertaan NILAM peserta dari Daerah Hulu Selangor mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan raih kemenangan Johan Kebangsaan.

Kami semua mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua murid tersebut. Semoga diteruskan segala strategi, tingkatkan prestasi dan kekalkan keutuhan diri.

1. JOHAN Kategori sekolah Menengah Luar Bandar.

Muhamad Johan b Mat
SM Sains Hulu Selangor.

2. JOHAN Kategori sekolah Rendah Luar Bandar
Zulaikha bt Zamaluddin
SK Taman Bunga Raya 1.

Wednesday, July 6, 2011

MAKLUMAN TAKLIMAT PBS JULAI 2011

ADUAN MASALAH SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) TERUS KE URUSETIA NKRA

Kepada semua guru peperiksaan,
Sekolah menengah dan rendah,
Daerah Hulu Selangor
Tuan,

Guru-guru BOLEH terus membuat aduan masalah SAPS dengan cara:
A. Melaporkan aduan berkaitan SAPS melalui web NKRA

i. layari laman web NKRA :
http://www.moe.gov.my/nkra

ii. Log in guna user: KOD SEKOLAH dan dapatkan katalaluan: sila hubungi
03-8884 6241 (HELPDESK UNIT NKRA)
iii. Tekan Butang Aduan
iv. MESTI Nyatakan KOD SEKOLAH, USER ID GURU DAN KATA LALUAN (PW) GURU

v. Taip masalah SAPS yang dihadapi.

B. Melaporkan aduan berkaitan SAPS melalui e-mail


1. Hantar aduan atau masalah kepada suhaimiomar@gmail,com

Jangan lupa:

a) Kod sekolah

b) Id guru

c) Nyatakan masalah

d) Attach skrin capture masalah berkenaan.










Berikut juga dilampirkan tatacara membuat aduan.
Terima kasih.

Friday, July 1, 2011

PELAKSANAAN PENGGUNAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
































........

....Surat Siaran..........Garis Panduan

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) PROGRAM NKRA KPM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut

Tarikh : 6 Julai 2011 - Rabu

Masa : 8.30 pagi — 12.30 tgh

Tempat : SK KALUMPANG

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk membenarkanPenyelaras SAP bagi sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. SILA RUJUK SURAT PADA PAUTAN di bawah. Bagi melicinkan perjalanan bengkel tuan dikehendaki menyediakan perkara-perkara berikut :

a) Broadband, wayar penyambung, laktop

b) Data SAP (Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu bagi satu kelas yang telah diisi dan dicetak dalam SAPR 1-6,SAP 123, SAP 45)

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

Surat Bengkel

Berikut adalah pautan bahan yang perlu dimuat turun yang perlu di bawa ke dalam bengkel tersebut.

...NOTA 1........NOTA 2

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)