Thursday, April 22, 2010

TUNDA SEKOLAH GANTI SEMPENA PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN


Jumaat, 23 April 2010, Pegawai Pelajaran Daerah dimaklumkan oleh pihak JPN Selangor bahawa semua sekolah dalam daerah Hulu Selangor yang akan melaksanakan sekolah ganti pada Sabtu ini 24 April 2010 di tunda pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Ini berlaku berlanjutan banyak sekolah dijadikan pusat mengundi pada 25 April 2010 bagi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

MAKLUMAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK


Baru-baru ini ramai dikalangan guru yang bertanyakan status Soalan Selaras Negeri Selangor, sebagai makluman sila rujuk surat yang sampai ke sekolah tuan dengan merujuk surat JPN/SPA/MAT/A25089/09/01 Jld.8 (68) bagi sekolah rendah, JPN/SPA/MAT/A25089/09/01 Jld.8 (69) bagi sekolah menengah berkenaan Program Peningkatan Prestasi Akademik UPSR, PMR dan SPM 2010.
Sehubungan itu pihak sekolah dibenarkan menggunakan Wang SUWA / Pelbagai / PCG Mata Pelajaran / PIBG bagi pembiayaan kos percetakan soalan tersebut dengan merujuk surat JPN/SPA/MAT/A25089/09/01 Jld.9 (02)

BALASUNGKAWA - SIRI 6

Salam takziah kami di SPA PPDHS kepada Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah, En. Ariffin bin Hj. Aban atas kepulangan ke rahmatullah abang beliau. Difahamkan allahyarham meninggal dunia setelah koma seminggu akibat dilanggar ketika pergi bekerja di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Avon Petaling Jaya. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman.

Alfatihah!

Kepada semua guru, berhati-hati di jalan raya apatah lagi jalan raya di Hulu Selangor begitu sesak akibat pilihan raya. Kebanyakan kereta daripada luar didapati dipandu amat laju kerana mereka perlu mengejar daripada satu ceramah ke satu ceramah. Kepada pemandu yang terpaksa menempuh lampu isyarat Batang Kali; sabar, sabar, sabar, sabar dan sabar. Bagi yang beragama Islam penuhi dengan berzikir kepada Allah agar darah tidak naik mendadak.

Friday, April 16, 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SATU SEKOLAH SATU FERTIKITS DAERAH HULU SELANGOR 2010






Sukacita dimaklumkan bahawa MARDI dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan program Satu Sekolah Satu Fertikits. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti pertanian yang boleh diusahakan dengan kaedah fertigasi dan teknologi ini boleh dijadikan sebagai alat bantuan mengajar dimana kaedah penanamannya boleh dilakukan dalam bilik darjah.
Kepada sekolah yang terlibat diucapkan tahniah kerana terpilih sebagai peserta dan akan menerima satu set fertikits sumbangan pihak MARDI.
Sekolah berkenaan ialah SMK Syed Mashor, SMK Kg. Soeharto, SMK Serendah, SMK Sungai Choh, SMK Bukit Sentosa, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Gedangsa, SMK Bukit Sentosa 2, SMK Kalumpang, SK Ulu Yam Bharu, SJK T Ladang Batang Kali dan SJK C Batang Kali.
Makluman program adalam seperti berikut:
Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Suluh Budiman, SMK Syed Mashor
Perasmi : Yang Berhormat Datuk Seri (Dr) Noh bin Haji Omar
Menteri Pertanian Industri Asas Tani Malaysia.
Kepada yang terlibat dikehendaki hadir bersama guru dan ahli persatuan ibu bapa sekolah masing-masing bagi menjayakan majlis tersebut.

KURSUS ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS


10 April 2010, Sabtu yang lalu telah diadakan satu Kursus Pengajaran Penulisan Bahasa Inggeris Bagi Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin. Kumpulan sasaran ialah 2 orang wakil guru Bahasa Inggeris bagi 16 Buah Sekolah Menengah di daerah. Latihan yang diberikan amat memanfaatkan kepada peserta yang mengambil bahagian, Pensyarah yang dijemput dapat menunjukkan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar penulisan Bahasa Inggeris. Peserta yang hadir dapat memberi respon yang positif.
Harapan penyelaras program dalam usaha yang dijalankan oleh Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor ini ialah semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan mencetuskan idea-idea baru serta motivasi diri dalam kalangan guru Bahasa Inggeris. Disamping itu, diharapkan juga kursus tersebut akan menjadi panduan berguna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dalam penulisan Bahasa Inggeris disekolah masing-masing.
Kami di Sektor Akademik Pejabat Daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan amat menyokong penuh atas aktiviti yang dijalankan, diharapkan pengerusi panitia lain yang telah dilantik dapat meneruskan aktiviti Panitia yang telah dirancang seperti ini agar memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Sunday, April 11, 2010

BALASUNGKAWA......

KELAKUAN TIDAK BERETIKA DALAM KALANGAN PENJAWAT-PENJAWAT AWAM

PERKONGSIAAN BESTARI

1. MEMINTA SOGOKAN DARIPADA PEMBEKAL-PEMBEKAL.
2. MEMBUAT TUNTUTAN PERJALANAN ATAU ELAUN PALSU.
3. TIDAK BERHEMAH MENGGUNAKAN HARTA BENDA PEJABAT.
4. MEMINTA ORANG LAIN MENGETIP KAD PERAKAM WAKTU.
5. BERBOHONG UNTUK MEMBERI SEBAB DATANG LEWAT KE PEJABAT.
6. BERBUAL-BUAL KOSONG.
7. KETUA TIDAK ADIL.
8. MELAMBAT-LAMBATKAN KERJA.
9. BERNIAGA DI PEJABAT.
10. CEMBURU DI ATAS KEJAYAAN ORANG LAIN.

Perjumpaan Timbalan Menteri Pelajaran 1 Malaysia

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU SJKC DAN SJKT DAERAH HULU SELANGOR

PERJUMPAAN DI ATAS AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN YANG DINYATAKAN DI BAWAH:

TARIKH : 16 APRIL 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 2.30 PETANG (PENDAFTARAN)
TEMPAT : DEWAN BESAR SJKC KHING MING
PAKAIAN : KERJA

SEMUA GURU ADALAH DIWAJIBKAN HADIR. HARAP MAKLUM.

Thursday, April 8, 2010

BALASUNGKAWA - SIRI 4

Dengan penuh rasa sedih, kami SPA PPDHS ingin mengucapkan takziah kepada En. Abdul Rahiman bin Yusuf, PK Kokurikulum SK Kerling (mantan Pen. Penyelia Kokurikulum PPDHS) atas kepulangan anak sulungnya ke rahmatullah.

Bersabarlah menerima dugaan Allah kerana sesayang manapun kita kepada anak, sesungguhnya mereka adalah pinjaman daripada Allah. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Alfatihah!

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Kami di SPA PPD Hulu Selangor baru mendapat berita bahawa anak sulung kepada Pn. Hamidah Ivy Fred; SK Bukit Sentosa dan juga merupakan guru sumber Sains sekolah rendah telah dimasukkan ke dalam Hospital Selayang. Difahamkan anak beliau mengalami masalah ginjal.

Oleh itu, kami menyeru sesiapa yang berkesempatan agar dapat melawat anak beliau di sana bagi memberikan kata-kata perangsang kepada beliau.

Kepada yang tidak berkesempatan, kirimkan secebis doa setelah selesai bersolat agar anak kesayangan beliau segera sembuh.

Kepada Pn. Hamidah dan suami; banyakkan bersabar. Anggaplah dugaan Allah ini sebagai tanda sayangnya Allah kepada hambanya. Dia mahu kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Banyakkan solat hajat dan mengadulah kepada Allah. Dia sahaja yang maha memperkenankan. Amin!

PILIHAN RAYA KECIL 2010

PENAMAAN CALON 17 April 2010

PILIHANRAYA : 25 APRIL 2010

KEPADA GURU-GURU YANG AKAN BERTUGAS DI PUSAT MENGUNDI, JALANKAN TUGASAN ANDA DENGAN AMANAH DAN JAGA NAMA BAIK INSTITUSI PENDIDIKAN.

Pemantauan Kelompok Kurikulum - Bil. 3 / 2010

Dimaklumkan bahawa pada hari ini pihak kami telah pun turun memantau SJKC Choong Chee Ulu Yam Lama. Butiran serta gambar akan dipaparkan sebaik sahaja kami mendapat pelepasan daripada SPA PPDHS. Terim akasih kepada pihak sekolah.

Perjumpaan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

MAKLUMAN AWAL!

SUATU PROGRAM PERJUMPAAN ANTARA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA BERSAMA-SAMA GURU-GURU SJKC DAN SJKT AKAN DIADAKAN DI SJKC KHING MING (2.30 PETANG). WALAU BAGAIMANAPUN, TARIKH BELUM LAGI DITETAPKAN TETAPI AKAN DIADAKAN SEBELUM TARIKH PILIHANRAYA.

TUAN-TUAN AKAN DIMAKLUMKAN SEBAIK SAHAJA KAMI MENDAPAT TARIKH DARIPADA KPM.

Tuesday, April 6, 2010

Sumbangan Yayasan Kelana Ehsan

Adalah dimaklumkan bahawa sehingga kini pihak kami masih belum lagi menerima baki sumbangan kepada murid-murid cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009. Sebaik sahaja kami menerima maklumat lanjut, pihak sekolah diminta memaklumkan kepada ibu bapa agar bertenang.

Sesungguhnya segala kesulitan yang timbul bukanlah berpunca daripada kami.

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)