Salam takziah kami di SPA PPDHS kepada Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah, En. Ariffin bin Hj. Aban atas kepulangan ke rahmatullah abang beliau. Difahamkan allahyarham meninggal dunia setelah koma seminggu akibat dilanggar ketika pergi bekerja di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Avon Petaling Jaya. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman.
Alfatihah!
Kepada semua guru, berhati-hati di jalan raya apatah lagi jalan raya di Hulu Selangor begitu sesak akibat pilihan raya. Kebanyakan kereta daripada luar didapati dipandu amat laju kerana mereka perlu mengejar daripada satu ceramah ke satu ceramah. Kepada pemandu yang terpaksa menempuh lampu isyarat Batang Kali; sabar, sabar, sabar, sabar dan sabar. Bagi yang beragama Islam penuhi dengan berzikir kepada Allah agar darah tidak naik mendadak.
SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM 2013 DAERAH HULU SELANGOR
-
Sila muat turun soalan cadangan PKSR Pendidikan Islam pada pautan di bawah
dan dapatkan kata kunci (password) daripada Ustaz Norisham Bin Saimun,
Penyelia ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment