
Setelah penat belajar dan mengajar selama hampir dua bulan, sudah tiba masanya para guru dan murid berehat sebentar selama seminggu. Semoga cuti ini dapat menghilangkan stress dalam kalangan guru-guru agar dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran separuh semester pertama yang kedua.
Kepada yang akan pulang bercuti ke kampung, berhati-hati memandu. Gunakan RnR jikalau mengantuk serta jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai statistik kemalangan. Mulakan dengan bismillah serta doa naik kenderaan.
Kepada yang mempunyai anak yang baru sahaja menerima keputusan SPM dan STPM 2009, berkunjunglah ke karnival IPTA yang akan berlangsung. Berikanlah pendedahan kepada anak-anak agar mereka memilih jurusan yang sesuai.
Kepada guru-guru yang akan ke jinjang pelamin, Selamat Pengantin Bharu daripada kami. Jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi.
Yang tidak ke mana-mana, jangan lupa membawa kaum keluarga ke Pesta Buku 2010.
Selamat Bercuti ....

No comments:
Post a Comment