Sunday, May 8, 2011
Tuesday, March 29, 2011
FORMAT KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
1. Nama dan Alamat Penuh Sekolah
2. Nama Penyelidik
3. Tajuk Kajian
4. Isu / Keprihatinan Yang Dikaji ( Fokus Kajian )
5. Refleksi Masalah
6. Objektif Kajian ( Am & Khusus )
7. Kumpulan Sasaran & Lokasi Kajian
8. Tindakan Yang Dicadangkan
9. Bahan Yang Dicadangkan
10. Jadual Pelaksanaan Kajian
Contoh :
| BIL | AKTIVITI | TARIKH PELAKSANAAN |
| 1 | Menulis Kertas Cadangan | 10 Februari |
| 2 | Merancang Tindakan | 11 Februari |
| 3 | Melaksanakan Tindakan – aktiviti 1 | 13 Februari |
| 4 | Membincangkan Masalah yang timbul dalam tindakan 1 | 14 Februari |
| 5 | Melaksanakan Tindakan – aktiviti 2 | 15 Februari |
| 6 | Membincangkan Masalah yang timbul dalam tindakan 2 | 16 Februari |
| 7 | Melaksanakan Tindakan – aktiviti 3 | 17 Februari |
| 8 | Membincangkan Masalah yang timbul dalam tindakan 3 | 18 Februari |
| 9 | Melaksanakan Tindakan – aktiviti 4 | 19 Februari |
| 10 | Ujian Untuk Mengesan Pencapaian Murid | 20 Februari |
| 11 | Refleksi Kajian | 21 Februari |
| 12 | Menulis Laporan Kajian | 22 Februari |
Sebelum 22 April 2011
- pengalaman penyelidik
2. Fokus Kajian
- sertakan data bukti fokus kajian
3. Objektif Kajian
- jelas dan sesuai dengan fokus kajian
4. Kumpulan Sasaran
- sesuai dengan kawalan penyelidik
5. Tindakan Yang Dicadangkan / Pelaksanaan Kajian
- terperinci dan boleh difahami serta kaedah/teknik/inovasi baru
- disertakan dengan data/instrumen yang telah dilaksanakan
- foto/graf/rajah/grafik
6. Cadangan Kajian Akan Datang
7. Bibliografi
- buku, journal, internet
8. Lampiran
- borang kaji selidik, hasil kerja murid
Sebelum 24 Oktober 2011
Sunday, March 27, 2011
MAKLUMAT PURATA UJIAN BULAN MAC TAHUN 1 HINGGA 5 SR & T1, T2 DAN T4 SM
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpul maklumat tentang Gred Purata Ujian Bulan Mac Tahun 1 hingga 5 dan T1, T2 dan T4 dari semua sekolah-sekolah KPM.
Sila muat turun borang dibawah dan lengkapkan, kemudian email semula kepada alamat email akademikppdhs@gmail.com dan deenspace@yahoo.com.
Borang Lampiran 10 (Sekolah Rendah)
Borang Lampiran 13 (Sekolah Menengah)
Saturday, March 5, 2011
Friday, March 4, 2011
MENJAWAB PERSOALAN YANG DIAJUKAN 15 FEBRUARI - 04 MAC 2011
| Bil | Persoalan Anda dan Jawaban |
| 1 | Ibu - 211.24.254.162 - mcm mana nak semak calon nama anak yang akan menduduki UPSR tahun 2011 ni?? 03/04/2011 07:37:29 pm
Admin: Puan boleh semak nama anak puan bagi calon UPSR 2011 di sekolah anak puan sekarang. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan pendaftaran anak puan bagi menduduki UPSR sekiranya layak. |
| 2 | Annonymus - 203.82.80.19 - kenapa karnival bahasa tiba-tiba wujud nama nama guru dan guru bhgn teknikal pula tidak mengajar di sek tersebut, tuan rumah lain gurunya dari sek lain??????? 03/04/2011 05:26:42 pm
Peny. Kelab Persatuan: Nama dan jawatan yang dicadangkan untuk dilantik adalah merujuk kepada senarai perlantikan tahun 2010. Walaubagaimanapun perubahan perlantikan masih dibuka dan akan diputuskan pada mesyuarat 8 Mac 2011 ini. Sekian Terima Kasih. |
| 3 | Seri - 121.120.31.6 - APAKAH STATUS GURU CEMERLANG KAJIAN TEMPATAN SEKIRANYA KSSR AKAN MENJANGKAU KE TAHUN 2014 ? 02/24/2011 11:00:56 pm
Admin: Setiap Guru Cemerlang yang dilantik boleh memohon untuk kenaikan Gred Cemerlang selepas setiap 5 tahun daripada tarikh lantikan. Contoh Jawatan Guru Cemerlang Gred DG 34 perlu membuat permohonan selepas 5 tahun bagi mendapatkan Jawatan Guru Cemerlang Gred DG 38. Walaubagaimanpun permohonan yang diluluskan bergantung kepada kekosongan dan pakej kelayakan permohonan. Sila rujuk dengan pengurusan sekolah PPDHS jika perlu. |
| 4 | Bunga - 115.135.120.19 - Adakah pertandingan kompang selawat akan diadakan pada tahun 2011 diperingkat hulu selangor? ada maklumat tak? 02/22/2011 03:40:57 pm
Admin: Pertandingan Kompang Selawat tidak akan diadakan diperingkat Daerah, tetapi boleh diadakan diperingkat sekolah. |
| 5 | Sentap - 118.100.129.255 - redeployment inform last-last minute menyusahkan 02/22/2011 11:51:49 am
Sentap - 118.100.129.255 - jangan inform keje lasr-last minute.. 02/22/2011 11:50:12 am
Admin: Pergerakan atau redeployment berlaku adalah disebabkan Keperluan Dalam Perkhidmatan. Sekian Terima Kasih |
| 6 | Suria - 115.134.124.28 - saya ingin bertanya bagaimana untuk mengetahui sekolah rendah yang mempunyai kekosongan guru, kerana saya ingin memohon bertukar ke hulu selangor dari negeri johor 02/19/2011 07:06:09 pm
Admin - Buat masa ini tiada kekosongan di SR daerah ini. Terdapat sebilangan guru yang akan diberi penempatan semula ke daerah lain. TK. 02/22/2011 12:04:12 am |
| 7 | Seridusun - 113.210.41.204 - BOLEH ATAU TIDAK YURAN KEAHLIAN BADAN IHSAN DILUNASKAN TANPA MENUNGGU PEKELILING TERLEBIH DAHULU ? 02/17/2011 12:33:10 am
Admin : Setiap tahun kutipan yuran Badan Ihsan : RM 5.00 boleh dibayar tanpa arahan surat kutipan. Bagi bayaran Yuran kematian unit Pendidikan Islam PPDHS terpaksa menunggu makluman kematian daripada Sektor pendidikan Islam JPNS. Walaubagaimanapun makluman kutipan bayaran akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali bagi meringankan pembayaran yuran tersebut. |
| 8 | Seridusun - 113.210.41.204 - SYABAS UNTUK PPDHS KERANA MENJADI TUAN RUMAH PINGPONG PERINGKAT NEGERI , SELAMAT BERJAYA . 02/17/2011 12:30:03 am
Admin: Terima Kasih atas keprihatinan anda. |
| 9 | Gemok - 113.210.42.6 - boleh tak senaraikan nama semua JU Hulu Selangor 02/15/2011 07:41:05 pm
Admin : Sila rujuk pegawai berkenaan di PPD. Soalan anda terlalu umum. |
MAKLUMAN TERKINI PENGURUSAN AKADEMIK
Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor
-
SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM 2013 DAERAH HULU SELANGOR - Sila muat turun soalan cadangan PKSR Pendidikan Islam pada pautan di bawah dan dapatkan kata kunci (password) daripada Ustaz Norisham Bin Saimun, Penyelia ...12 years ago
-
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK 1432HIJRAH - Renungan buat semua..... " Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, sup...13 years ago
-
-
Welcome Year 2012 - May God’s blessings of peace and happiness dwell in our hearts, homes, and offices.14 years ago
-
Peringatan kepada Ketua Panitia PJPK tentang Penghantaran Rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi Bulan Mac 2011. - Tuan/puan, Salam Sejahtera kepada semua Ketua Panitia PJPK dan Guru PJPK sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Selangor. Berdasarkan semakan ketiga yang ...15 years ago
-
-
PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PPPA SPM SELANGOR 2011 - Kepada, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor Sukacita dimaklumkan bahawa soalan bagi PPPA SPM Ng Selangor boleh diambil seperti...15 years ago
-
-
BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK
BIJAK BESTARI ( Siri 6)
And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .