Bil | Persoalan Anda dan Jawaban |
1 | Ibu - 211.24.254.162 - mcm mana nak semak calon nama anak yang akan menduduki UPSR tahun 2011 ni?? 03/04/2011 07:37:29 pm
Admin: Puan boleh semak nama anak puan bagi calon UPSR 2011 di sekolah anak puan sekarang. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan pendaftaran anak puan bagi menduduki UPSR sekiranya layak. |
2 | Annonymus - 203.82.80.19 - kenapa karnival bahasa tiba-tiba wujud nama nama guru dan guru bhgn teknikal pula tidak mengajar di sek tersebut, tuan rumah lain gurunya dari sek lain??????? 03/04/2011 05:26:42 pm
Peny. Kelab Persatuan: Nama dan jawatan yang dicadangkan untuk dilantik adalah merujuk kepada senarai perlantikan tahun 2010. Walaubagaimanapun perubahan perlantikan masih dibuka dan akan diputuskan pada mesyuarat 8 Mac 2011 ini. Sekian Terima Kasih. |
3 | Seri - 121.120.31.6 - APAKAH STATUS GURU CEMERLANG KAJIAN TEMPATAN SEKIRANYA KSSR AKAN MENJANGKAU KE TAHUN 2014 ? 02/24/2011 11:00:56 pm
Admin: Setiap Guru Cemerlang yang dilantik boleh memohon untuk kenaikan Gred Cemerlang selepas setiap 5 tahun daripada tarikh lantikan. Contoh Jawatan Guru Cemerlang Gred DG 34 perlu membuat permohonan selepas 5 tahun bagi mendapatkan Jawatan Guru Cemerlang Gred DG 38. Walaubagaimanpun permohonan yang diluluskan bergantung kepada kekosongan dan pakej kelayakan permohonan. Sila rujuk dengan pengurusan sekolah PPDHS jika perlu. |
4 | Bunga - 115.135.120.19 - Adakah pertandingan kompang selawat akan diadakan pada tahun 2011 diperingkat hulu selangor? ada maklumat tak? 02/22/2011 03:40:57 pm
Admin: Pertandingan Kompang Selawat tidak akan diadakan diperingkat Daerah, tetapi boleh diadakan diperingkat sekolah. |
5 | Sentap - 118.100.129.255 - redeployment inform last-last minute menyusahkan 02/22/2011 11:51:49 am
Sentap - 118.100.129.255 - jangan inform keje lasr-last minute.. 02/22/2011 11:50:12 am
Admin: Pergerakan atau redeployment berlaku adalah disebabkan Keperluan Dalam Perkhidmatan. Sekian Terima Kasih |
6 | Suria - 115.134.124.28 - saya ingin bertanya bagaimana untuk mengetahui sekolah rendah yang mempunyai kekosongan guru, kerana saya ingin memohon bertukar ke hulu selangor dari negeri johor 02/19/2011 07:06:09 pm
Admin - Buat masa ini tiada kekosongan di SR daerah ini. Terdapat sebilangan guru yang akan diberi penempatan semula ke daerah lain. TK. 02/22/2011 12:04:12 am |
7 | Seridusun - 113.210.41.204 - BOLEH ATAU TIDAK YURAN KEAHLIAN BADAN IHSAN DILUNASKAN TANPA MENUNGGU PEKELILING TERLEBIH DAHULU ? 02/17/2011 12:33:10 am
Admin : Setiap tahun kutipan yuran Badan Ihsan : RM 5.00 boleh dibayar tanpa arahan surat kutipan. Bagi bayaran Yuran kematian unit Pendidikan Islam PPDHS terpaksa menunggu makluman kematian daripada Sektor pendidikan Islam JPNS. Walaubagaimanapun makluman kutipan bayaran akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali bagi meringankan pembayaran yuran tersebut. |
8 | Seridusun - 113.210.41.204 - SYABAS UNTUK PPDHS KERANA MENJADI TUAN RUMAH PINGPONG PERINGKAT NEGERI , SELAMAT BERJAYA . 02/17/2011 12:30:03 am
Admin: Terima Kasih atas keprihatinan anda. |
9 | Gemok - 113.210.42.6 - boleh tak senaraikan nama semua JU Hulu Selangor 02/15/2011 07:41:05 pm
Admin : Sila rujuk pegawai berkenaan di PPD. Soalan anda terlalu umum. |
SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM 2013 DAERAH HULU SELANGOR
-
Sila muat turun soalan cadangan PKSR Pendidikan Islam pada pautan di bawah
dan dapatkan kata kunci (password) daripada Ustaz Norisham Bin Saimun,
Penyelia ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment