Monday, August 8, 2011

Makluman Tarikh Pengisian Markah SAPS Daerah Hulu Selangor


Kepada semua warga Guru di Daerah Hulu Selangor, pihak Jawatankuasa Pelaksana SAPS di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor amat serius bagi memastikan pengisian markah SAPS dapat dilaksanakan di peringkat Sekolah di daerah ini .

Semua yang terlibat telah maklum tentang kesukaran guru untuk mengisi markah kerana beberapa perkara yang dikenalpasti:

1. Penggunaan Internet Explorer perlu di tukar dengan penggunaan Mozilla
2. Setiap kali pengguna ramai menggunakan,(KAPASITI TERKINI USER MAMPU MENCECAHSEKITAR 3,200 ORANG USER SAHAJA), guru perlu menekan resend berkali-kali sehingga berjaya menggunakannya. (masalah akan berkurangan jika pengguna berkurangan)

Berkaitan dengan itu juga, Pihak PPD sering mengingatkan kepada pengguna, khususnya SU Peperiksaan atau SU SAPS turut membimbing guru-guru yang mempunyai masalah dalam pengisian markah tersebut.

Untuk makluman pentadbir sekolah, untuk itu juga tindakan daripada Pihak PPD telah memberikan taklimat awal kepada SU Peperiksaan atau SU SAPS sebanyak 2 kali iaitu pada 6 Julai 2011 di SK Kalumpang dan 21 Julai 2011 di PPD Hulu Selangor bagi memastikan tiada ketirisan maklumat berlaku.

Berikut dimaklumkan, tarikh pengisian markah bagi guru-guru di Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:

Pengisian markah TOV, Ujian 1 dan Ujian Pertengahan berakhir pada 8 Ogos 2011.

Pengisian markah Ujian 2 dan Percubaan UPSR berakhir 15 Ogos 2011.

Pastikan pihak SUP mencetak Semak Key in Markah yang lengkap bagi setiap Kelas untuk simpanan fail di sekolah.

16 Ogos hingga 25 Ogos 2011 adalah peringkat semakan dan pengesahan markah oleh Pegawai di PPD Hulu Selangor. Hanya Guru yang bermasalah akan di bantu ketika tarikh tersebut.

Waktu Pengisian percubaan PMR dan SPM belum diputuskan lagi.

Keputusan ini adalah bagi memastikan pengisian yang dilakukan dapat disemak dan disahkan di Peringkat Daerah Hulu Selangor dengan meminimumkan kesalahan pengisian.

Diharap semua pentadbir dan guru berkenaan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini.


No comments:

Post a Comment

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)