Tuesday, May 31, 2011

ISTILAH CUTI BAGI SEORANG GURU

Perkataan cuti datangnya daripada perkataan holiday yang mempunyai hubungan tetapi maknanya berbeza bagi negara-negara berbahasa Inggeris. Berdasarkan perkataan holy dan day, cuti pada mulanya bermaksud hari-hari keagamaan yang istimewa. Perkataan itu sekarang sudah berubah dalam penggunaan perkataannya untuk memaksudkan ia adalah apa-apa hari yang istimewa.

Dalam kebanyakan dunia penutur Inggeris hari cuti juga merupakan tempoh diluangkan jauh dari rumah atau perniagaan dengan mengembara atau rehlah (contohnya. "Saya akan pergi ke Malta minggu hadapan"), Amerika Utara sama seperti "bercuti". Bagaimanapun sesetengah orang Kanada (terutama keturunan Inggeris dan Irish) menggunakan kedua istilah cuti (vacation) dan kelepasan (holiday) sama erti apabila merujuk kepada percutian atau masa luar kerja.
Di Kanada dan Amerika Syarikat, hari Kelepasan - (Holiday) adalah hari yang ditetapkan sebagai negara atau budaya. Cuti juga boleh dikatakan sebagai hari istimewa dimana sekolah dan/atau pejabat ditutup, seperti hari buruh.
Sejak kebelakangan ini badan terasa letih saban hari, sehinggakan adakalanya terpaksa masuk tidur awal walaupun kerja masih banyak yang perlu diselesaikan. Namun begitu, aku tetap bersyukur kerana aku tidak perlu menjalani kehidupan yang lebih sibuk seperti orang lain yang perlu meredah kesesakan lalu lintas, memandu berjam-jam, bergelumang dengan hiruk-pikuk kotaraya, hanya untuk pergi ke pejabat demi mengisi periuk di rumah. Aku hanya perlu menuju ke meja kerja ini tanpa perlu menggunakan kenderaan pun, kemudahan yang memang tidak dapat dibandingkan dengan usaha orang lain. Namun begitu, walaupun aku hanya bekerja dari rumah, aku masih terkesan secara tidak langsung dengan pekerjaan yang lain, terutama kerjaya sebagai seorang guru kerana isteriku adalah seorang guru.
Suatu masa dahulu, seringkali aku melihat begitu mudah menjadi seorang guru, cuti yang panjang, masa kerja yang singkat dan hanya perlu mengajar anak murid, itu adalah tanggapan diriku semasa masih di alam remaja. Bak kata pujangga “Rumput di halaman orang lain sentiasa tampak lebih hijau daripada rumput di halaman sendiri”, atas sebab itulah aku mempunyai anggapan tersebut, kerana aku hanya melihat daripada jauh, kelihatan semuanya indah belaka. Pada hakikatnya, kerjaya seorang guru ini tidak kurang kepayahannya, jika tiada kecekalan, pasti tidak akan berjaya untuk mengharungi pelbagai cabaran. Sejak aku diijabkabulkan dengan isteriku, aku mulai nampak tugas demi tugas yang perlu dilakukan oleh seorang guru, ternyata sangkaanku sebelum ini meleset, kerjaya seorang guru bukanlah semudah yang disangka.

Aku akan memberikan contoh berdasarkan pemerhatian aku sepanjang hidup bersama dengan seorang guru, tugas seorang guru sebenarnya bukan mudah kerana walaupun masa kerja boleh menjadi begitu singkat, tetapi ianya juga boleh menjadi sebaliknya, terdapat banyak aktiviti-aktiviti di luar waktu persekolahan yang perlu diuruskan ataupun dihadiri oleh seorang guru, seperti contoh latihan rumah sukan, latihan badan beruniform, kelab, kelas tambahan, ceramah dan pelbagai lagi aktiviti bersama pelajar yang perlu dilakukan. Tidak kurang juga aktiviti yang perlu dihadiri selaku guru itu sendiri, seperti perlu menghadiri kursus ataupun latihan, ataupun perlu mewakili sekolah untuk persidangan dan pelbagai lagi. Walaupun lazimnya kita gemar untuk keluar dari pejabat, pergi ke kursus boleh berehat, tetapi jika anda seorang guru, anda perlu memikirkan mengenai silibus yang perlu dihabiskan, seandainya kursus itu panjang, anda perlu menerangkan serba sebanyak dengan guru sementara yang akan menggantikan anda, tidak kurang juga jika anda menjaga jabatan, kelab, atau sebarang program lain, anda perlu memastikan segalanya akan berjalan lancar sepanjang ketiadaan anda.

Kerjaya seorang guru tambah merumitkan seandainya anda menjadi warden di sekolah-sekolah berasrama dan tinggal dalam kawasan sekolah. Jika anda rasa anda sudah sibuk sebagai seorang jurutera yang perlu pulang lewat setiap hari, pasti anda akan bersyukur apabila melihat guru yang menjadi warden ini perlu menghabiskan hampir 24jam masa sehariannya memberi khidmat kepada sekolah dan pelajar. Acapkali akan ada pelajar yang datang disebabkan pelbagai masalah, antaranya sakit perut, demam, kehilangan barang, ingin meminta kebenaran untuk sesuatu dan pelbagai lagi. Tiada lagi masa untuk bersenang-lenang bersama kekasih, keluarga atau rakan-rakan. Perkara sebegini biasanya berlaku terutamanya kepada guru-guru bujang yang menjadi warden dan tinggal dalam kawasan sekolah. Memang suatu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan, terutama apabila aku cuba meletakkan diri ini di dalam situasi mereka. Anda pula bagaimana? Adakah anda sanggup untuk mengorbankan 24jam sehari demi kesejahteraan pelajar anda?

Beberapa minggu kebelakangan ini, disebabkan dua orang pelajar isteriku yang berjaya menyertai sebuah pertandingan yang akan diadakan di Los Angeles, begitu banyak perkara yang perlu diuruskan, dari surat permohonan, visa dan pelbagai lagi. Semua perlu diuruskan oleh isteriku, pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dan dalam masa yang sama, tanggungjawab untuk mengajar, menguruskan kelab, dan tugasan-tugasan lain masih perlu diteruskan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada minggu hadapan, oleh yang demikian, minggu ini kesibukan beliau sangat ketara, keluar rumah seawal pagi, dan pulang lewat senja, dan kadangkala perlu pula keluar di malam hari untuk menguruskan pelajar-pelajarnya. Aku hanya mampu membantu perkara-perkara sampingan, banyak urusan lain yang aku tidak mampu untuk menolong walaupun berkemahuan. Melihat isteriku yang kadangkala tertidur di atas sofa semasa menonton televisyen disebabkan terlalu penat memang memberi kesedaran kepada aku, bukanlah mudah menjadi seorang guru.

Dahulu semasa bersekolah, aku jarang menghargai sepenuhnya pengorbanan setiap guru yang telah berusaha menyampaikan ilmu kepada diri ini, kerana segalanya tampak mudah, tiada kerut di dahi mahupun kemuraman yang diserlahkan seorang guru, seringkali memberi semangat kepada kita untuk terus maju dalam kehidupan, walaupun sebenarnya, dalam masa yang sama, mereka sendiri menghadapi pelbagai kesulitan dalam mengharungi kehidupan. Marilah sama-sama kita menghargai setiap guru yang telah mengajar kita, tidak semestinya guru tersebut semasa waktu persekolahan semata-mata, pensyarah, penceramah, ustaz atau sesiapa sahaja yang mengajar sesuatu kepada kita dalam kehidupan ini, hargailah usaha mereka, kerana walau betapa ringkas kita lihat perkara itu, sebenarnya banyak yang perlu mereka korbankan seperti masa, tenaga dan pelbagai lagi.
Jika anda mempunyai peluang untuk membalas jasa guru anda sebelum ini, apakah yang anda akan berikan atau lakukan? Sudikah berkongsi bersama aku?
Petikan asal daripada: http://www.eizil.com

No comments:

Post a Comment

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)