Thursday, December 16, 2010

PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN BILIK DARJAH
0leh: DZULKIFLI HJ. SHAMSUDDIN
PERINGATAN KENDIRI
GURU DI BILIK DARJAH

Untuk mempastikan bilik darjah saya diurus dengan baik saya perlu merancang dengan teliti segala peraturan, prosedur organisasi dan pengajaran di bilik darjah.
Saya perlu menjadi pengurus bilik darjah yang "proactive"(bertindak untuk menghalang sesuatu masalah daripada berlaku) dan bukan seorang pengurus bilik darjah vang "reactive" (bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah setelah ia berlaku).
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang "proactive"saya akan merancang dengan teliti perkara-perkara yang perlu saya lakukan:
A. Sebelum penggal / tahun persekolahan bermula.
B. Pada awal penggal
C. Di sepanjang tahun.
A
PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEBELUM PENGGAL / TAHUN PERSEKOLAHAN BERMULA
1 Saya akan meneliti peraturan-peraturan sekolah untuk pelajar dan prosedur pentadbiran untuk guru sama ada dari buku-buku panduan yang diterbitkan oleh pihak pentadbiran sekolah, jabatan Pendidikan atau mendapatkannya dari guru-guru lain.
2 Saya akan mendapatkan maklumat yang jelas dan terang tentang sistem ganjaran dan hukuman berkaitan dengan peraturan sekolah yang telah ditetapkan untuk membolehkan saya, menggunakan ganjaran dan hukuman dengan tepat.
3 Saya akan memahami segala prosedur berkaitan dengan skim pinjaman buku teks, skim bantuan makanan, pembayaran yuran, pemberian biasiswa dan lain-lain.
4 Saya akan menyediakan pelan susunan kerusi, meja dan alas-alas di dalam bilik darjah untuk mempastikan murid­murid dapat bergerak dengan cara yang teratur dan ruang bilik darjah digunakan dengan berkesan.
5 Saya akan menyediakan tatacara untuk membolehkan saya memulakan dan mengakhirkan pengajaran saya tepat pada masa yang dijadualkan.
6 Saya akan mencetak peraturan-peraturan untuk kelas saya (bersabit dengan kedatangan, menepati masa, melengkapkan tugasan di rumah dan lain-lain). Ini akan saya beri kepada setiap murid.
7 Saya akan merancang teknik-teknik yang akan saya gunakan untuk mendorong murid-murid supaya lebih seronok belajar.


B PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA LAKUKAN PADA AWAL PENGGAL
1 Saya akan mendapatkan Buku Persediaan dan Rekod Mengajar dan meneliti semula Tatasusila Profesion Perguruan dan melengkapkan ruang-ruang yang perlu diisi.
2 Saya akan mendapatkan jadual waktu peribadi dan jadual waktu kelas sava.
3 Sava akan menyediakan kertas dan pin untuk dijadikan tanda nama murid supaya memudahkan saya mengenali dan mengingati nama mereka.
4 Saya akan mengenali dan mengingati nama murid-murid saya.
5 Saya akan meletakkan kertas yang ditulis dengan nama saya di pintu bilik darjah saya untuk memudahkan murid­murid menemui bilik darjah saya.
6 Saya akan berdiri di tepi pintu darjah untuk membantu murid-murid mencari bilik darjah mereka dan memberikan ucapan selamat datang ke kelas saya.
7 Saya akan memperkenalkan diri saya dan menyatakan sebutan dan ejaan yang betul untuk nama saya.
8 Saya akan menjelaskan prosedur yang akan dipatuhi oleh murid-murid apabila saya mencatatkan kedatangan / kehadiran mereka murid-murid dikehendaki mengangkat tangan kanan apabila nama mereka dipanggil.
9 Saya akan mengedarkan kertas bercetak yang mengan­dungi perkara-perkara berikut:

a. Prosedur dan peraturan di bilik darjah saya.

b. Sukatan pelajaran subjek yang saya ajar.

c. Cara pemberian markah untuk ujian dan kerja di rumah.
10 Saya akan membincangkan dengan jelas perkara‑perkara di atas. Murid-murid akan melakonkan prosedur dan peraturan untuk membuktikan mereka memahami setiap prosedur dan peraturan itu.
11 Saya akan membincangkan prosedur dan peraturan berkaitan dengan menepati masa dan kehadiran. Saya juga akan membincangkan denda dan hukuman jika tidak hadir, lewat ke kelas, lewat atau tidak melengkapkan tugasan.
12 Saya akan mempamerkan di papan kenyataan bilik darjah peraturan-peraturan serta ganjaran dan hukuman berkaitan dengan peraturan-peraturan itu.
13 Saya akan mempastikan murid-murid memiliki buku-buku teks dan tulis yang mencukupi. Saya akan mengeluarkan pinjaman buku teks berdasarkan kepada prosedur yang telah ditetapkan.
14 Saya akan mengajar murid-murid cara memasuki kelas saya pada awal waktu dan cara keluar bilik darjah pada akhir waktu.
15 Saya akan menerangkan kepada murid-murid prosedur dan peraturan berkaitan dengan kedatangan, waktu rehat, perjumpaan harian/mingguan, penggunaan makmal/dewan besar/perpustakaan.
16 Saya akan menunjukkan kepada murid-murid cara untuk mendapatkan perhatian dan bantuan dari guru apabila guru sedang mengajar.
17 Saya akan tunjuk dan ajar murid-murid isyarat yang akan saya gunakan bila saya mahukan mereka memberikan perhatian yang sepenuhnva kepada saya.
18 Saya akan berlatih menggunakan isyarat ini bersama pelajar sehinggalah mereka betul-betul mahir.
19 Sava akan menerangkan peraturan berkaitan dengan tidak hadir kelas kerana sakit dan polisi berkaitan dengan melengkapkan tugasan yang tertinggal kerana sakit.
20 Saya akan menerangkan dengan jelas dan melakukan latihan tentang cara-cara untuk mengambil bahagian di dalam sesuatu perbincangan di bilik darjah.
21 Saya akan menerangkan kepada murid-murid prosedur yang mereka perlu patuhi apabila mereka sudah melengkapkan tugasan di meja.
22 Saya akan menyatakan dengan jelas dan melatih murid-murid tingkah-tingkah laku yang sepatutnya diamalkan pada masa peralihan / pertukaran bilik darjah.
23 Saya akan menunjukkan dan mengajar prosedur keluar bilik darjah untuk ke tandas.


C PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA BUAT SEPANJANG TAHUN
1 Saya akan memulakan kelas tepat pada masanva dan akan terus melaksanakan aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan dan menerapkan budava bilik darjah.
2 Sava akan mempastikan 85% daripada waktu kelas ditum\pukan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran.
3 Saya akan memberi arahan yang terperinci dengan menyatakan objektif dan matlamat sesuatu arahan itu.
4 Saya akan memiliki jangkaan tingkah laku (yang boleh dan yang tidak boleh diterima) murid-murid yang konsisten.
5 Sava akan menegur murid-murid yang melanggar peraturan dengan cara 'tertutup' kerana memarahi murid­murid dengan cara terbuka akan menggunakan masa serta mengganggu murid-murid lain yang tidak bersalah.
6 Saya akan bertindak ke atas murid yang bersalah dengan cara individu dan menggunakan "Rinne's Low profile Name dropping technique" supaya tidak mengganggu selurih kelas.
7 Saya akan menggunakan cara mendera dan menghukum yang konsisten
8 Saya tidak akan menggunakan deraan atau hukuman 'fizikal' kepada murid-murid.
9 Saya akan mengelakkan diri dari duduk di kerusi atau meja guru apabila mengajar.
10 Saya akan bergerak ke seluruh bilik darjah dan menggunakan mata saya secara aktif untuk mengesan tingkah laku dan kefahaman murid apabila saya mengajar.
11 Kalau saya perlu duduk di meja untuk menulis sesuatu, sava akan kerap berdiri dan bergerak ke seluruh bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dan mempastikan sama ada mereka mematuhi dengan tepat arahan-arahan yang diberi.
12 Apabila murid-murid sedang membuat tugasan di meja, saya akan bergerak ke seluruh bilik darjah supava dapat mengesan kemajuan setiap orang murid-murid.
13 Saya akan menunjukkan dan mengajar cara-cara bagaimana murid-murid sepatutnya menyerahkan tugasan di meja yang telah lengkap.
14 Saya akan mengingatkan muri-murid alas atau bahan yang perlu dibawa ke kelas pada esok hari.
15 Saya akan membuat semakan dari masa ke semasa terhadap kemajuan murid-murid jika mereka diberi tugasan/projek yang mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan.
16 Apabila saya sedang memberi tumpuan kepada seseorang murid atau sesuatu kumpulan murid, saya akan kerap memerhati murid / kumpulan yang lain supaya saya juga mengetahui apa yang sedang berlaku di seluruh bilik darjah.
17 Sava akan sentiasa menyedari yang kebanyakkan tingkah laku murid-murid yang negatif atau yang tidak berkaitan dengan tugasan pelajaran timbul kerana mereka bosan. Untuk mengekalkan minat dan perhatian murid-murid, saya akan menggunakan 15% daripada sesuatu sela masa untuk isu-isu yang bukan akademik, 35% untuk tugasan bersendirian dan 50% untuk kerja bersama-sama dengan guru.
18 Sava akan memberi maklum balas yang segera tentang kemajuan dan pencapaian murid-murid supaya mereka akan terdorong untuk memperbaiki prestasi mereka. Maklum balas yang segera jugs akan mempercepatkan pembetulan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.
19 Saya tidak akan menggunakan ugutan, deraan dan tindakan yang memerlukan murid-murid sebagai alas untuk mendorong murid-murid supaya belajar. Sebaliknya saya akan gunakan perasaan berjaya, bertanggungjawab, minat dan maklumbalas tentang prestasi sebagai pendorong.
20 Saya akan menggunakan pujian-pujian dengan cara yang konsisten.
21 Saya akan menyatakan tujuan-tujuan mengapa murid-murid dilibatkan di dalam sesuatu tugas supaya mereka memahami nilai usaha yang mereka
22 Saya akan menstrukturkan kandungan pengajaran saya mengikut kadar kesukarannya. Saya akan mengajar konsep yang mudah sebelum mengajar konsep yang lebih sukar.
23 Saya akan menggalakkan murid-murid untuk bertanya. Saya akan memberi jawapan yang akan menjelaskan kekeliruan mereka.
24 Sava tidak akan memiliki 'anak emas'di dalam bilik darjah sava.
25 Sava akan sentiasa menyedari yang setiap orang murid itu berbeza kerana mereka dibesarkan dengan cara-cara yang berlainan.
26 Saya akan sentiasa peramah, mudah tersenyum dan tertawa tetapi memiliki pendirian yang serius tentang pengajaran dan pembelajaran.
27 Saya tidak lupa nama murid-murid saya.
28 Saya akan menjadi rakan kepada murid-murid saya
29 Saya tidak akan menjadikan murid-murid saya mangsa kepada emosi dan kemarahan saya.
30 Saya tidak akan memalukan murid-murid saya dan tidak akan membenarkan mereka menjatuhkan air muka antara satu dengan yang lain.
31 Saya akan memberi tugasan di rumah sebagai peneguhan kepada apa yang telah dipelajari di bilik darjah.
32 Saya tidak akan hanya memberi perhatian dan bantuan kepada yang mengangkat tangan bila ia memerlukan bantuan. Ada murid-murid yang malu untuk mengangkat tangan walaupun mereka tidak faham dan perlukan bantuan.
33 Saya akan merekodkan semua markah dan nama mereka yang gagal melengkap dan menyerahkan sesuatu tugasan.
34 Saya akan menuliskan tugasan yang perlu dibuat oleh murid-murid di papan tulis.
35 Saya akan menyediakan banyak aktiviti-aktiviti 'selingan' atau 'warm ups' untuk mengelakkan masa terbuang jika saya terpaksa melakukan tugas-tugas pentadbiran (seperti mengisi jadual kedatangan atau memungut yuran). Aktiviti-aktiviti 'selingan' itu akan ada kaitannya dengan tajuk yang akan diajar.
36 Saya akan menjadi contoh dan teladan yang positif kepada murid-murid saya.
37 Saya tidak akan membuat kenyataan atau komen yang negatif terhadap guru-guru lain, terhadap sekolah dan terhadap masa pelajaran di hadapan murid-murid.
38 Saya akan menyediakan rancangan pengajaran harian dalam bentuk yang lengkap supaya boleh digunakan oleh guru-guru pengganti.

No comments:

Post a Comment

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)