Thursday, January 21, 2010

Perpindahan Ke Bangunan Baru : TNB

Sepertimana yang telah sedia maklum, PPDHS akan mula berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan TNB berhadapan Perhentian Bas Kuala Kubu Bharu. PPDHS telah diberi kebenaran untuk menyewa keseluruhan bangunan tersebut.

Berdasarkan perancangan awal, kami sepatutnya telah selesai berpindah namun terdapat masalah teknikal dan perpindahan ini dijadualkan selesai sepenuhnya pada penghujung bulan Februari dan insya-Allah PPDHS akan mulai beroperasi di TNB pada 1 Mac 2010.

Buat sementara waktu, PPDHS telah berpecah kepada 3 kelompok :

1. PPDHS Induk (Tingkat 1) - semua staf masih tetap berada di sana dan perkhidmatan masih lagi beroperasi.

2. PPDHS (Cawangan) - hanya tinggal Pengurusan Akademik PPDHS.

3. Bangunan TNB
3.1 Kaunselor Pentadbir
3.2 Pegawai Kualiti
3.3 Pegawai KGSK
3.4 Pegawai Perhubungan Awam
3.5 Pegawai Prasekolah / Swasta
3.6 Penyelia Sukan
3.7 Pen. Penyelia Sukan
3.8 Penyelia Kokurikulum
3.9 Pen. Penyelia Kokurikulum (Ko Akademik)
3.10 Penyelia HEM
3.11 Penyelia Pencegahan Dadah

Sehubungan itu, semua pelanggan diminta berhubung terus ke lokasi yang dinyatakan di atas. Semua talian di tingkat 4 bangunan PPD Induk sudah tidak digunakan lagi.

Program Transisi dan Guru Penyayang 2010

Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) 2010 telah berakhir di semua sekolah (kecuali SK Tun Abdul Razak) pada hari ini 22 Januari 2010.

Sehubungan itu, semua Penyelaras PTGP dikehendaki menyiapkan Laporan PTGP untuk dihantar kepada Pegawai KBSR dai PPD Cawangan. Semua laporan perlu dihantar sebelum 5 Februari 2010.

Sila patuhi arahan dengan menghantar Laporan Pemantauan oleh Guru Besar / Penolong Kanan serta Laporan Pelaksanaan 2010. Adalah diingatkan juga, penggunaan kokot adalah dimestikan manakala pihak sekolah tidak digalakkan sama sekali untuk menghantar laporan dengan menggunakan binding comb / spiral binding.


LADAP BERASASKAN SEKOLAH 2010

Buat makluman semua Setiausaha LADAP Berasaskan Sekolah daerah Hulu Selangor, program LADAP Berasaskan Sekolah pada tahun ini telah ditukarkan modus pelaksanaannya kepada membaca sekurang-kurangnya 7 buah buku setahun.

Pihak kami akan menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan prosedur pelaksanaan yang baru ini.

Kepada semua setiausaha, kami di Pengurusan Akademik PPDHS mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik serta kecekapan yang pihak tuan-tuan tunjukkan pada tahun lepas. Pengorbanan tuan-tuan untuk membantu guru-guru mendapatkan ilmu akan dibalas oleh-Nya.

Segala bahan yang diterima di Kem Bina Semangat Ampang Pecah pohon disimpan kerana kami di Pengurusan Akademik PPDHS akan sentiasa berdoa agar peruntukan LADAP akan diturunkan demi kepentingan ilmu guru-guru di daerah ini.

PENDAFTARAN UPSR DAN PMR 2010

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran calon-calon UPSR dan PMR 2010 akan dilaksanakan secara manual (seperti tahun 2009). Oleh itu, pendaftaran secara atas talian seperti yang diarahkan pada penghujung tahun lepas adalah ditangguhkan atas beberapa masalah teknikal.

Taklimat berkaitan pendaftaran kepada semua Setiausaha Peperiksaan akan dilaksanakan pada awal Februari 2010. Semua sekolah diminta bersedia dengan butiran murid-murid bagi memudahkan tugasan nanti. Surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

Segala lkesulitan yang timbul adalah amat dikesali dan pihak kami memohon ribuan kemaafan.

Tuesday, January 19, 2010

Format Analisis PKSR BM, BI, MT dan SN Tahun 2009

Oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, mana-mana sekolah yang inginkan format analisis tersebut, dapatlah kiranya menghantar e-mel kepada Pegawai KBSR di alamat arain.sdarian@gmail.com

Pihak kami akan menghantar format sebaik sahaja menerima e-mel daripada pihak sekolah.

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)