Tuesday, August 31, 2010

SALAM TAKZIAH!

Hari Sabtu bersamaan 28 Ogos 2010; pihak kami telah mendapat berita sedih atas kepulangan ke rahmatullah suami salah seorang guru kita yang mengajar di SK Ulu Yam Bharu. Adalah difahamkan bahawa Allahyarham telah tidak sedarkan diri sebelum menjalani proses hemodylasis.

Bagi pihak Pengurusan Akademik dan semua warga PPDHS, kami merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Nurunaini binti Yub Zakaria dan anak-anak. Sesungguhnya Allah s.w.t. amat menyayangi Allahyarham dan didoakan agar arwah dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah!

LAPORAN LDP 'SCHOOL-BASED' 2010

Makluman kepada semua Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan 'School-Based' 2010; tuan-tuan dikehendaki memulangkan semula

1. Lampiran A-1
2. Lampiran A - 2
3. Lampiran A-3

kepada Pegawai Khas Akademik selewat-lewatnya pada 3 September 2010 untuk urusan penggabungan data di peringkat daerah Hulu Selangor.

Sayugia diingatkan, semua SU LDP tidak perlu menghantar salinan Kad Pelaporan Latihan dan salinan sinopsis buku yang dibaca untuk kali ini. Sila simpan perkara tersebut dalam fail Pengurusan LDPSB.

Kerjasama pihak tuan untuk mematuhi tarikh yang dinyatakan adalah amat diharapkan.

SELAMAT DATANG !

Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran 3 orang FasiLINUS yang akan memulakan khidmatnya di sektor ini mulai 1 September 2010. Mereka ialah :

FasiLINUS Bahasa Melayu
1. Pn. Ummal Salmah binti MS Sultan

FasiLINUS Matematik
1. Tn. Hj. Azman bin Abdul Rashid
2. En. Halim bin Sayuti

Semoga dengan kehadiran mereka akan memantapkan lagi pengurusan LINUS di PPD dan dapat membantu sekolah-sekolah dalam pengurusan serta P & P LINUS.

Kesemua fasiLINUS boleh dihubungi melalui talian 60641881.

Monday, August 23, 2010

Kemasukan Markah Kompetensi Modular dan Cetakan Sijil MPV 2010

Kepada semua guru-guru pelaksana MPV Daerah Hulu Selangor,

1. Kemasukan markah bagi kompetensi Modular MPV/MPAV perlu dimasukkan atas talian (online) akan dibuka mulai 23 Ogos hingga 30 September 2010 (www.lpm.gov.my)

2. Tuan/puan dikehendaki menyerahkan cetakan (Borang Eviden LPM 04) yang telah ditandatangi oleh Pengetua sekolah dan pentaksir ke Lembaga Peperiksaan secepat mungkin selepas kemasukan markah dibuat.

KUTV PPDHS

DATA GURU/MURID PTV PPDHS 31 JULAI 2010

Kepada semua GKMP Teknik dan Voksaional.

Sila hantar data tersebut dengan segera sebelum 30 Ogos 2010.
Kepada yang telah menghantarnya diucapkan terima kasih.

KUTV PPDHS

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)