Sunday, January 31, 2010

MESYUARAT PENDAFTARAN UPSR DAN PMR 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pendaftaran calon-calon UPSR dan PMR Daerah Hulu Selangor 2010 akan diadakan seperti butiran yang dinyatakan di bawah :

UPSR 2010

Tarikh : 2 Februari 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kalumpang

PMR 2010

Tarikh : 3 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu

Sehubungan itu, semua Setiausaha UPSR dan PMR dikehendaki hadir sebelum waktu dinyatakan di atas bagi memastikan kelancaran penyampaian maklumat serta pendaftara peperiksaan pada tahun ini.

Thursday, January 28, 2010

Takziah!

Pengurusan Akademik PPDHS dengan penuh dukacita ingin merakamkan rasa sedih yang tidak terhingga atas kepulangan keramatullah ayahanda tercinta staf sokongan di PPDHS ; En. Zakaria. Semoga keluarga allahyarham akan tabah menghadapinya dan percayalah setiap yang hidup pasti akan merasakan mati dan Allah tidak akan menpercepat atau melambatkan walaupun sesaat. Yang pasti, kita juga akan ke sana jua.

Alfatihah!

Tahniah!


Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor mengucapkan tahniah kepada Penyelia j-QAF, Ustaz Samsudin bin Ahmad atas kelahiran cahaya matanya yang ketiga. Semoga kelahiran HANIF BIN SAMSUDIN akan menambahkan rezeki dan kebahagian rumahtangganya.

Tuesday, January 26, 2010

PESERTA KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 2009

Perhatian kepada semua peserta Kajian Tindakan Pendidikan Islam 2009 yang dianjurkan oleh IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi yang diadakan di SK Lembah Beringin.

Pihak IPGM telah menghantar sijil tanpa bernama kepada kami tetapi mereka telah kehilangan nama. Mohon kerjasama untuk memberikan nama kepada Pegawai KBSR dengan kadar segera untuk urusan persijilan.

Sunday, January 24, 2010

TAWARAN PENGHANTARAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2010

Tuan Pengetua / Guru Besar,

SM / SK / SJKC / SJKT,

Daerah Hulu Selangor.


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuki.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin meneruskan usaha murni tersebut dalam usaha melahirkan guru-guru di daerah ini yang inovatif dan prihatin untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah.


3. Sehubungan itu, mana-mana guru di daerah ini yang berminat untuk menghantar kertas proposal kajian tindakan, mereka dipelawa untuk menghantar kertas proposal kajian tindakan tersebut dalam bentuk 2 proposal bercetak dan satu softcopy kepada Pegawai KBSR selewat-lewatnya pada 26 Februari 2010. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai meja, Pegawai KBSR di talian 60645986 / 1881.


4. Bersama-sama ini pihak kami kepilkan bahan rujukan, kriteria gred pemilihan 2010, format penulisan proposal kajian tindakan dan format muka depan proposal Kerjasama dan kecaknaan tuan dalam menyebar dan menggalakkan guru-guru di sekolah untuk menjalankan kajian tindakan amatlah diharapkan.


Sekian, terima kasih.



* Sebahagian daripada surat tawaran yang dihantar ke sekolah-sekolah pada 25 Januari 2010.

KURSUS LINUS BAHASA MALAYSIA 2010

Setiap sekolah adalah diwajibkan menghantar seorang wakil guru Bahasa Malaysia bagi menghadiri kursus di atas. Kursus ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada setiap guru Tahun 1 kepada LINUS Bahasa Malaysia yang sedang diimplimentasikan di semua sekolah rendah di Malaysia.

Berikut dinyatakan butiran lanjut berkenaan kursus tersebut :

Tarikh : 27 - 29 Januari 2010
Hari : Rabu - Jumaat
Tempat : Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (Berhadapan dengan IJN/ Bersebelahan dengan Hospital Pusrawi)
Masa daftar masuk : 2.00 petang

Sila bawa bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan.

"SELAMAT BERKURSUS"

Di sebalik tabir Pengurusan Akademik

Pn. Hjh. Hamidah binti Abdul Samad
Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Akademik)


En. Aznan bin Kassan
Ketua Unit Sains dan Matematik



Tn. Hj. Sameon bin Hj. Sidik
Ketua Unit Sains Kemanusiaan


En. Jamaluddin bin Abdul Kadir
Ketua Unit Teknik dan Vokasional


En. Mohd. Hasren bin Damiri
Pegawai KBSR


Tn. Hj. Rahim bin Omar
Pengelola Cemerlang Peperiksaan


Tn. Hj. Saberi bin Yusuf
Penyelia Pendidikan Islam

En. Norhisam bin Saimon
Penolong Penyelia Pendidikan Islam


En. Samsudin bin Ahmad
Penyelia j-QAF


En. Mohd. Syafik bin Ramlan
Pembantu Peperiksaan (Majlis Peperiksaan Malaysia)

Friday, January 22, 2010

Tahukah anda?

Sekolah-sekolah di daerah ini dibahagikan kepada 4 kelompok Zon PKG

1. PKG Sungai Choh
2. PKG Kuala Kubu Bharu
3. PKG Kalumpang
4. PKG Kampung Soeharto

Sekolah Menengah :
1. Sekolah berasrama penuh - 1
2. Sekolah harian berasrama - 1
3. Sekolah menengah harian - 13
4. Sekolah agama bantuan kerajaan - 2

SM yang baru dibuka - SMK Bukit Sentosa (2)

Sekolah Kebangsaan
1. Sekolah harian - 29
2. Sekolah harian berasrama - 1
3. Sekolah orang asli (berasrama) - 1

SK yang baru dibuka - SK Bukit Beruntung (2)

SJKC
1 . SJKC harian - 9

SJKT
1. SJKT harian - 9

Sekolah yang dalam pembinaan - SK Taman Bunga Raya (2)

Sekolah yang baru pecah tanah - SJKC Bukit Beruntung (Perpindahan daripada Bukit Tangga)

No. Telefon

Nombor telefon PPD Hulu Selangor (Cawangan) ialah

60641881
60645986

60641818 (Faksimili)

Jurulatih LINUS Daerah Hulu Selangor 2010

Pihak Pengurusan Akademik PPDHS telah melantik 4 orang guru sekolah rendah untuk mengikuti kursus dan menjadi Jurulatih LINUS di peringkat daerah. Mana-mana sekolah yang ingin mendapatkan maklumat ataupun memanggil mereka untuk memberi taklimat adalah dialu-alukan:

Bahasa Melayu
1. Pn. Noorhayati binti Abdul Aziz - SK Kuala Kubu Bharu Satu
2. Pn. Ummal Salamah binti Ms. Sultan - SJKT Ladang Changkat Asa

Matematik
1. En. Abd. Halim bin Sayuti - SK Bukit Sentosa
2. En. Azman bin Abdul Rashid - SK Serendah

Thursday, January 21, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA DAERAH SEKOLAH RENDAH 2010

Semua Jawatankuasa Panitia Daerah Sekolah Rendah 2010 telahpun selesai bermesyuarat bagi sesi persekolahan tahun ini.

1. Bahasa Malaysia (SK) - SK Serendah
2. Bahasa Malaysia (SJK) - SJKC Rasa
3. Bahasa Inggeris (SK) - SK Ulu Yam Bharu
4. Bahasa Inggeris (SJK) - SJKC Serendah
5. Bahasa Cina - SJKC Kampung Gurney
6. Bahasa Tamil - SJKT Bukit Beruntung
7. Matematik - SK Kuala Kubu Bharu Satu
8. Sains - SK Ampang Pecah
9. Pendidikan Islam - SK Batang Kali
10. Kajian Tempatan - SK Kuala Kubu Bharu Dua
11. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - SK Bandar Sungai Buaya
12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - SK Bukit Beruntung
13. Pendidikan Muzik - SK Lembah Beringin
14. Pendidikan Seni Visual - SK Taman Bunga Raya (1)
15. Pendidikan Moral - SK Tun Abdul Razak

a) Pengurusan Akademik PPDHS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru besar yang telah sudi untuk menyumbangkan minum petang kepada semua ahli majlis mesyuarat.

b) Semua minit mesyuarat perlu diserahkan kepada Pegawai KBSR (untuk kami perbanyakkan dan edarkan kepada semua SR) sebelum 5 Februari 2010.

c) Semua JK Panitia 2008 - 2009 yang sudah tidak memegang jawatan, pohon kerjasama untuk menghantar fail panitia kepada Pengerusi Panitia yang baru.

d) Mana-mana sekolah yang masih belum menghantar Jawatankuasa Panitia sekolah masing-masing, sila berbuat demekian dengan kadar segera.

Perpindahan Ke Bangunan Baru : TNB

Sepertimana yang telah sedia maklum, PPDHS akan mula berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan TNB berhadapan Perhentian Bas Kuala Kubu Bharu. PPDHS telah diberi kebenaran untuk menyewa keseluruhan bangunan tersebut.

Berdasarkan perancangan awal, kami sepatutnya telah selesai berpindah namun terdapat masalah teknikal dan perpindahan ini dijadualkan selesai sepenuhnya pada penghujung bulan Februari dan insya-Allah PPDHS akan mulai beroperasi di TNB pada 1 Mac 2010.

Buat sementara waktu, PPDHS telah berpecah kepada 3 kelompok :

1. PPDHS Induk (Tingkat 1) - semua staf masih tetap berada di sana dan perkhidmatan masih lagi beroperasi.

2. PPDHS (Cawangan) - hanya tinggal Pengurusan Akademik PPDHS.

3. Bangunan TNB
3.1 Kaunselor Pentadbir
3.2 Pegawai Kualiti
3.3 Pegawai KGSK
3.4 Pegawai Perhubungan Awam
3.5 Pegawai Prasekolah / Swasta
3.6 Penyelia Sukan
3.7 Pen. Penyelia Sukan
3.8 Penyelia Kokurikulum
3.9 Pen. Penyelia Kokurikulum (Ko Akademik)
3.10 Penyelia HEM
3.11 Penyelia Pencegahan Dadah

Sehubungan itu, semua pelanggan diminta berhubung terus ke lokasi yang dinyatakan di atas. Semua talian di tingkat 4 bangunan PPD Induk sudah tidak digunakan lagi.

Program Transisi dan Guru Penyayang 2010

Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) 2010 telah berakhir di semua sekolah (kecuali SK Tun Abdul Razak) pada hari ini 22 Januari 2010.

Sehubungan itu, semua Penyelaras PTGP dikehendaki menyiapkan Laporan PTGP untuk dihantar kepada Pegawai KBSR dai PPD Cawangan. Semua laporan perlu dihantar sebelum 5 Februari 2010.

Sila patuhi arahan dengan menghantar Laporan Pemantauan oleh Guru Besar / Penolong Kanan serta Laporan Pelaksanaan 2010. Adalah diingatkan juga, penggunaan kokot adalah dimestikan manakala pihak sekolah tidak digalakkan sama sekali untuk menghantar laporan dengan menggunakan binding comb / spiral binding.


LADAP BERASASKAN SEKOLAH 2010

Buat makluman semua Setiausaha LADAP Berasaskan Sekolah daerah Hulu Selangor, program LADAP Berasaskan Sekolah pada tahun ini telah ditukarkan modus pelaksanaannya kepada membaca sekurang-kurangnya 7 buah buku setahun.

Pihak kami akan menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan prosedur pelaksanaan yang baru ini.

Kepada semua setiausaha, kami di Pengurusan Akademik PPDHS mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik serta kecekapan yang pihak tuan-tuan tunjukkan pada tahun lepas. Pengorbanan tuan-tuan untuk membantu guru-guru mendapatkan ilmu akan dibalas oleh-Nya.

Segala bahan yang diterima di Kem Bina Semangat Ampang Pecah pohon disimpan kerana kami di Pengurusan Akademik PPDHS akan sentiasa berdoa agar peruntukan LADAP akan diturunkan demi kepentingan ilmu guru-guru di daerah ini.

PENDAFTARAN UPSR DAN PMR 2010

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran calon-calon UPSR dan PMR 2010 akan dilaksanakan secara manual (seperti tahun 2009). Oleh itu, pendaftaran secara atas talian seperti yang diarahkan pada penghujung tahun lepas adalah ditangguhkan atas beberapa masalah teknikal.

Taklimat berkaitan pendaftaran kepada semua Setiausaha Peperiksaan akan dilaksanakan pada awal Februari 2010. Semua sekolah diminta bersedia dengan butiran murid-murid bagi memudahkan tugasan nanti. Surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

Segala lkesulitan yang timbul adalah amat dikesali dan pihak kami memohon ribuan kemaafan.

Tuesday, January 19, 2010

Format Analisis PKSR BM, BI, MT dan SN Tahun 2009

Oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, mana-mana sekolah yang inginkan format analisis tersebut, dapatlah kiranya menghantar e-mel kepada Pegawai KBSR di alamat arain.sdarian@gmail.com

Pihak kami akan menghantar format sebaik sahaja menerima e-mel daripada pihak sekolah.

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)