Thursday, September 30, 2010

PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN TOV UPSR, PMR, SPM 2011

Berikut dimaklumkan bahawa CD soalan dan jadual TOV UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2011 oleh PPD pada 29 September di peti surat sekolah masing-masing.

Makluman terkini berlaku beberapa perubahan khususnya pada jadual PMR dan SPM tersebut.

Sila klik alamat laman JPN Selangor di bawah:

http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/


Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Pengurusan Akademik di PPD Hulu Selangor.

Sunday, September 26, 2010

PEMANTAUAN PROGRAM NKRA 2010

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMANTAU KEPADA PASUKAN PEMANTAU DARIPADA :

1. JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI PUTRAJAYA
2.
JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI SELANGOR
3.
JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI WILAYAH PERSEKUTUAN
4. BAHAGIAN-BAHAGIAN DARIPADA KPM
5. JABATAN PELAJARAN SELANGOR
6. PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK

BAGI PELAKSANAAN PROGRAM NKRA - SUB NKRA LINUS 2010 DI 28 BUAH SEKOLAH DI DAERAH INI.

SEMOGA PEMANTAUAN INI AKAN MEMANTAPKAN LAGI PELAKSANAAN PROGRAM INI DI DAERAH HULU SELANGOR.

Friday, September 3, 2010

SALAM TAKZIAH !

Pagi tadi, jam 5.15 pagi ketika ramai umat Islam sedang bersahur, kami dikejutkan sekali lagi dengan panggilan telefon daripada En. Zailani bin Karim (Pen. Penyelia Bekalan dan Pembangunan PPDHS) yang memaklumkan bahawa ayahanda tercintanya telah pulang ke rahmatullah.

Dalam ketika Ramadhan yang menjengah ke angka 25, pemergian pada saat Hari Raya Aidilfitri yang semakin muncul; bukanlah suatu yang dapat dihadapi jika ketabahan tiada pada diri ini. Bagi kami di Pengurusan Akademik, hanya Al Fatihah dapat kami sampaikan semoga Allahyarham Karim dapat dimasukkan dalam golongan umat Islam yang beriman.


p/s - Buat pembaca sekalian, dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki ini, kita kuatkan semangat untuk lebih gigih beribadah kerana siapa tahu ini adalah Ramadhan kita yang terakhir. Selamat mengejar malam Lailatulqadar!

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)