Sunday, August 28, 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA.....

LAMAN BLOG PERTAL PENGURUSAN BERPINDAH ALAMAT KE LAMAN BERIKUT:


BERMULA 31 OGOS 2011.

HARAP MAKLUM...

Monday, August 22, 2011

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PPPA SPM SELANGOR 2011

Kepada,
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah
Daerah Hulu Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa soalan bagi PPPA SPM Ng Selangor boleh diambil seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Ogos 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat: SMK Kalumpang
Sehubungan dengan itu, Tuan diminta hadir untuk mengambil kertas soalan dan membuat pembayaran melalui cek sebagaimana ketetapan yang diputuskan oleh MPSM.
Sekian, terima kasih

MAKLUMAN JADUAL PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK(PPPA) TOV PMR DAN SPM 2012

Dimaklumkan bahawa:
1. Jadual Program Peningkatan Prestasi Akademik(PPPA) TOV PMR 2012
.......(Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 2011) dan
2. Jadual Program Peningkatan Prestasi Akademik(PPPA) TOV SPM 2012
.......(Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2011) adalah seperti pautan dibawah:

.......

Dengan itu pengisian Markah secara online SAPS bagi peperiksaan dalam Peperiksaan Akhir Tahun PAT, percubaan PMR dan percubaan SPM bagi SAPS adalah seperti berikut:

1. Pralihan (berakhir 11 September 2011)
2. Tingkatan 1 (berakhir 20 November 2011)
3. Tingkatan 2 (berakhir 20 November 2011)
4. Tingkatan 3 (berakhir 11 September 2011)
5. Tingkatan 4 (berakhir 20 November 2011)
6. Tingkatan 5 (berakhir 10 Oktober 2011)


Wednesday, August 17, 2011

KURSUS KSSR TAHUN 2 2012 PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR




Berikut dimaklumkan kursus KSSR Tahun 2 2012 pada ketentuan berikut:


Makluman penting buat peserta kursus:

1. Peserta Kursus layak menuntut tuntutan satu tempat duduk teksi ketempat kursus.

2. Peserta Kursus layak menuntut tuntutan sekali pergi dan sekali balik sahaja:

Contoh : Isnin PERGI

............Jumaat BALIK

3. Sila sertakan :

a. Surat panggilan Kursus

b. Salinan buku Bank

4. Sila bawa semua borang berkenaan pada hari pertama Kursus

...................

Borang tuntutan......c...........Surat Kursus KSSR Thn 2

Tuesday, August 16, 2011

MAKLUMAN TERKINI SAPS DAERAH HULU SELANGOR

Berikut dimaklumkan pengisian data SAPS bagi TOV, UJIAN 1, UJIAN PERTENGAHAN DAN UJIAN PERCUBAAN UPSR (berkenaan sahaja) sepatutnya telah selesai 15 Ogos 2011, walaupun begitu analisis yang dilakukan oleh PPD ianya masih belum selesai.

Untuk itu berikut dilampirkan SEMAKAN PENGISIAN SEHINGGA 17 OGOS 2011 pada pautan berikut :

............................
SEMAK ISI PERTENGAHAN TAHUN SR................

............................
SEMAK ISI PERTENGAHAN TAHUN SM................

............................
SEMAK ISI PERCUBAAN UPSR


Sehubungan dengan itu juga, pada JUMAAT ini, semua GURU PENOLONG KANAN 1 diminta untuk menghadiri Taklimat Semakan SAPS seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 19 Ogos 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama PPD Hulu Selangor

Kehadiran adalah di WAJIBKAN.

Sila bawa keperluan seperti berikut bagi melicinkan lagi taklimat tersebut:

1. Notebook (labtop)

2. Perisian Mozilla Firefox/Google Chrome (di install pada notebook)

3. Wayar Penyambung (extension wire)

4. Broadband


Pautan Surat Berkenaan dibawah ini:
...........................



Monday, August 8, 2011

Makluman Tarikh Pengisian Markah SAPS Daerah Hulu Selangor


Kepada semua warga Guru di Daerah Hulu Selangor, pihak Jawatankuasa Pelaksana SAPS di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor amat serius bagi memastikan pengisian markah SAPS dapat dilaksanakan di peringkat Sekolah di daerah ini .

Semua yang terlibat telah maklum tentang kesukaran guru untuk mengisi markah kerana beberapa perkara yang dikenalpasti:

1. Penggunaan Internet Explorer perlu di tukar dengan penggunaan Mozilla
2. Setiap kali pengguna ramai menggunakan,(KAPASITI TERKINI USER MAMPU MENCECAHSEKITAR 3,200 ORANG USER SAHAJA), guru perlu menekan resend berkali-kali sehingga berjaya menggunakannya. (masalah akan berkurangan jika pengguna berkurangan)

Berkaitan dengan itu juga, Pihak PPD sering mengingatkan kepada pengguna, khususnya SU Peperiksaan atau SU SAPS turut membimbing guru-guru yang mempunyai masalah dalam pengisian markah tersebut.

Untuk makluman pentadbir sekolah, untuk itu juga tindakan daripada Pihak PPD telah memberikan taklimat awal kepada SU Peperiksaan atau SU SAPS sebanyak 2 kali iaitu pada 6 Julai 2011 di SK Kalumpang dan 21 Julai 2011 di PPD Hulu Selangor bagi memastikan tiada ketirisan maklumat berlaku.

Berikut dimaklumkan, tarikh pengisian markah bagi guru-guru di Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:

Pengisian markah TOV, Ujian 1 dan Ujian Pertengahan berakhir pada 8 Ogos 2011.

Pengisian markah Ujian 2 dan Percubaan UPSR berakhir 15 Ogos 2011.

Pastikan pihak SUP mencetak Semak Key in Markah yang lengkap bagi setiap Kelas untuk simpanan fail di sekolah.

16 Ogos hingga 25 Ogos 2011 adalah peringkat semakan dan pengesahan markah oleh Pegawai di PPD Hulu Selangor. Hanya Guru yang bermasalah akan di bantu ketika tarikh tersebut.

Waktu Pengisian percubaan PMR dan SPM belum diputuskan lagi.

Keputusan ini adalah bagi memastikan pengisian yang dilakukan dapat disemak dan disahkan di Peringkat Daerah Hulu Selangor dengan meminimumkan kesalahan pengisian.

Diharap semua pentadbir dan guru berkenaan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini.


Saturday, August 6, 2011

PANDUAN SEMAKAN MARKAH SAPS

Makluman terkini bagi SUP SAPS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor, sila semak pengisian markah oleh setiap Guru Mata Pelajaran di sekolah anda.

Bagi Sekolah Rendah:

Data markah yang perlu diisi bagi tahun 2 hingga tahun 6 seperti berikut:

1. TOV mata pelajaran

2. Ujian 1

3.Ujian Pertengahan Tahun

4. Ujian 2 (bagi tahun 2 hingga 5)

5. Percubaan UPSR (bagi tahun 6 sahaja)

Bagi Sekolah Menengah:

Data markah yang perlu diisi bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 seperti berikut:

1. TOV mata pelajaran

2. Ujian 1

3. Ujian Pertengahan Tahun

4. Ujian 2 (bagi tingkatan 1, tingkatan 2 & tingkatan 4)

5. Percubaan PMR (bagi tingkatan 3 sahaja)

6. Percubaan SPM (bagi tingkatan 5 sahaja)

(nota penting : bagi setiap mata pelajaran elektif diminta isi sekiranya ujian dilakukan)

Pautan panduan membuat semakan SAPS
..............................
Panduan Semak 1..................Panduan Semak 2..
.................................
Semak Markah SR..................Semak Markah SM

Monday, July 25, 2011

TAKLIMAT PEMBUGARAN SAPS 2011



Tuan Haji Ruslan memberikan taklimat

Pada hari Khamis 21hb Julai 2011, bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, satu taklimat khas dilakukan bagi pengisian data Sistem Analisis peperiksaan Sekolah SAPS. Pegawai dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Tuan Haji Ruslan Bin Abdul Penolong Pengarah Kanan Unit Sains turut sama menjayakan program taklimat tersebut.

Kepada semua diharap dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mengisi data berkenaan dan pihak pentadbiran khususnya pengetua dan guru besar sekolah, perlu jelas bahawa program ini merupakan salah satu program NKRA yang sedang terlaksana.

Setiausaha Peperiksaan dan penyelaras SAPS mendengar taklimat

Berikut rujukan pautan bagi taklimat yang dijalankan pada hari tersebut.

Taklimat........................... Isu1

.Isu 2....................Isu 3

Friday, July 22, 2011

PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MASIH BELUM DAFTAR MURID


Kepada pihak sekolah yang gagal import masuk nama pelajar dari data SMM sila lakukan langkah berikut:

1. SUP daftar Guru Kelas kepada Level Guru Kelas ( level 2)
2. Guru kelas akses masuk dan lakukan proses tambah murid secara manual seperti gambar di bawah.
Segala kesulitan amat dikesali..

Sekian terima kasih.

Monday, July 18, 2011

BENGKEL PEMBUGARAN PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) PROGRAM NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 21 Julai 2011 - Khamis

Masa : 8.00 pagi — 12.30 tgh

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PPD Hulu Selangor

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk membenarkan Penyelaras SAP bagi sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. Bagi melicinkan perjalanan bengkel tuan dikehendaki menyediakan perkara-perkara berikut :

a) Broadband, wayar penyambung, labtop

b) Data SAP (TOV, Bahasa Melayu bagi satu kelas yang telah diisi dan dicetak dalam SAPR 1-6,SAP 123, SAP 45)

c) Data SMM terkini

d) Salinan senarai Nama Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran beserta Kad Pengenalan

Sila muat turun surat berkaitan pada pautan di bawah.

........................................

Surat penyelaras SAPS ........................... Surat JU SAPS

Syabas dah Tahniah pemenang Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2011


Pada 14 - 17 Julai 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, penyertaan NILAM peserta dari Daerah Hulu Selangor mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan raih kemenangan Johan Kebangsaan.

Kami semua mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua murid tersebut. Semoga diteruskan segala strategi, tingkatkan prestasi dan kekalkan keutuhan diri.

1. JOHAN Kategori sekolah Menengah Luar Bandar.

Muhamad Johan b Mat
SM Sains Hulu Selangor.

2. JOHAN Kategori sekolah Rendah Luar Bandar
Zulaikha bt Zamaluddin
SK Taman Bunga Raya 1.

Wednesday, July 6, 2011

MAKLUMAN TAKLIMAT PBS JULAI 2011

ADUAN MASALAH SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) TERUS KE URUSETIA NKRA

Kepada semua guru peperiksaan,
Sekolah menengah dan rendah,
Daerah Hulu Selangor
Tuan,

Guru-guru BOLEH terus membuat aduan masalah SAPS dengan cara:
A. Melaporkan aduan berkaitan SAPS melalui web NKRA

i. layari laman web NKRA :
http://www.moe.gov.my/nkra

ii. Log in guna user: KOD SEKOLAH dan dapatkan katalaluan: sila hubungi
03-8884 6241 (HELPDESK UNIT NKRA)
iii. Tekan Butang Aduan
iv. MESTI Nyatakan KOD SEKOLAH, USER ID GURU DAN KATA LALUAN (PW) GURU

v. Taip masalah SAPS yang dihadapi.

B. Melaporkan aduan berkaitan SAPS melalui e-mail


1. Hantar aduan atau masalah kepada suhaimiomar@gmail,com

Jangan lupa:

a) Kod sekolah

b) Id guru

c) Nyatakan masalah

d) Attach skrin capture masalah berkenaan.










Berikut juga dilampirkan tatacara membuat aduan.
Terima kasih.

Friday, July 1, 2011

PELAKSANAAN PENGGUNAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
































........

....Surat Siaran..........Garis Panduan

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) PROGRAM NKRA KPM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut

Tarikh : 6 Julai 2011 - Rabu

Masa : 8.30 pagi — 12.30 tgh

Tempat : SK KALUMPANG

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk membenarkanPenyelaras SAP bagi sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. SILA RUJUK SURAT PADA PAUTAN di bawah. Bagi melicinkan perjalanan bengkel tuan dikehendaki menyediakan perkara-perkara berikut :

a) Broadband, wayar penyambung, laktop

b) Data SAP (Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu bagi satu kelas yang telah diisi dan dicetak dalam SAPR 1-6,SAP 123, SAP 45)

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

Surat Bengkel

Berikut adalah pautan bahan yang perlu dimuat turun yang perlu di bawa ke dalam bengkel tersebut.

...NOTA 1........NOTA 2

Tuesday, June 28, 2011

BORANG LAPORAN PENCAPAIAN TINGKATAN 6 MAC & JUN 2011

Makluman penting buat sekolah yang mempunyai murid tingkatan 6 seperti di bawah, agar dapat mengisi borang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan.

Senarai Sekolah berkaitan:

1. SMK KUALA KUBU BHARU

2. SMK SYED MASHOR

3. SMK SUNGAI CHOH

4. SAMT KUALA KUBU BHARU

Borang Pencapaian

Sila hantar laporan tersebut dengan kadar SEGERA kepada Unit Pengurusan Akademik pada borang online dibawah.

Segala pertanyaan boleh ajukan kepada Ustaz Samsudin, Penyelia Pendidikan Islam PPD Daerah Hulu Selangor ditalian 03-60641881.

Saturday, June 25, 2011

BALASUNGKAWA

Dengan penuh rasa sedih dan hiba, kami SPA PPDHS ingin mengucapkan takziah kepada Tn Hj Mokhtar Hj Hussin, Guru Besar SK Seri Fajar (mantan Penyelia Sukan PPDHS) atas kepulangan anak kelimanya ke rahmatullah.

Semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Alfatihah!

Tuesday, June 21, 2011

DATA PENCERAPAN PENTADBIR SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR BAGI BULAN JANUARI HINGGA MEI 2011


Sukacitanya dimaklumkan bahawa melalui Mesyuarat Pengurusan Akademik Negeri Selangor Bil 1/2011, semua sekolah perlu menghantar Data Pencerapan Pentadbir bagi tempoh 4 Januari hingga 26 Mei 2011.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta mengisi serta menghantar data secara ”online” melalui laman portal pengu
rusan akademik di pautan BORANG ONLINE sebelum atau pada 30 Jun 2011.Segala pertanyaan boleh dibuat melalui Penolong PPD Sains dan Matematik Menengah, En. Aznan Bin Kassan, di talian 03-60651102.

Kami juga memohon pihak tuan menghantar semula Borang
Akuan Pengisian Maklumat Online seperti lampiran BORANG B yang telah dilengkapkan ke PPD Hulu Selangor, U.P: En. Aznan Bin Kassan pada tarikh yang sama.

Friday, June 17, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Bersempena Sambutan hari bapa 19 Jun 2011, Ahad, pihak Pengurusan Akademik khususnya mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua Bapa di daerah hulu Selangor khususnya dan di seluruh dunia amnya.



Wednesday, June 8, 2011

PENGHANTARAN DATA SAP


MAKLUMAN KEPADA PENYELARAS SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR.

BERIKUT ADALAH PAUTAN BAGI PENGHANTARAN DATA SAPR16, SAP123 DAN SAP45.

KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.






Monday, June 6, 2011

SAP45 VERSI 6.0 SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN UNTUK SPM 2011

Makluman kepada semua penyelaras SAP sekolah menengah khususnya yang menyelaras markah bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Berikut adalah pautan SAP45 Versi 6.0 dan SAP45HC versi 6.0 yang terkini baru diperolehi pada 06 Jun 2011:-

..........

........... ....SAP45.....................................................................SAP45HC

Last Updated on Monday, 06 June 2011 19:55

Tuesday, May 31, 2011

ISTILAH CUTI BAGI SEORANG GURU

Perkataan cuti datangnya daripada perkataan holiday yang mempunyai hubungan tetapi maknanya berbeza bagi negara-negara berbahasa Inggeris. Berdasarkan perkataan holy dan day, cuti pada mulanya bermaksud hari-hari keagamaan yang istimewa. Perkataan itu sekarang sudah berubah dalam penggunaan perkataannya untuk memaksudkan ia adalah apa-apa hari yang istimewa.

Saturday, May 28, 2011

UCAPAN ALUAN DAN PERPISAHAN

Selamat datang Pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang Baru...
En. Abdul Khalid bin Jaafar......
Pimpinan Tuan Kami Alu-alukan.....


Selamat Bertukar Tempat Kerja Kepada Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan menjadi PPD Sepang,

Jasa tuan tetap kami kenangkan...




Wednesday, May 25, 2011

RALAT KUTIPAN DATA PEPERIKSAN TAHUN 2011

Dengan sukacitanya dimaklumkan, surat Jabatan Pelajaran Selangor JPNS.SPA.700-4/6 Jld. 5 ( ) bertarikh 24 Mei 2011 adalah dirujuki.

2. Buat pengetahuan pihak tuan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia meminta agar semua sekolah menghantar analisis data peperiksaan pertengahan tahun, bagi memastikan pencapaian sekolah dalam melaksanakan penambahbaikan selaras dengan sasaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang menetapkan pencapaian UPSR, PMR, SPM dan STPM sebagai KPI bagi tahun 2011.

Sila rujuk surat di bawah:

Settting Data Sekolah Rendah: ............Setting Data Sekolah Menengah

..............................

Tuesday, May 17, 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN DAN HEAD COUNT

Adalah dimaklumkan bahawa bagi tahun 2011 Sektor Pengurusan Akademik, JPN Selangor menggunakan program Sistem Analisis Peperiksaan SAP (Microsoft Office Access) dan Sistem Head Count (Microsoft Office excel) untuk kutipan Penilaian Pencapaian Murid di sekolah.

Berikut adalah pautan bahan berkaitan:

1. Program SAP 16....................2. Program SAP 123......

.............

3. Program SAP 45...........4. Panduan penilaian Head Count Murid

. .........

......5. Bahan Head Count......6. Bahan Head Count

7.........Sekolah Rendah..............Sekolah Menengah

......

Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)