Thursday, December 30, 2010

Program Transisi dan Guru Penyayang 2011

Gambar hiasan

Borang PTGP 1, PTGP 2 dan PTGP 3 untuk perhatian dan tindakan pihak sekolah.

Sila muat turun borang berbentuk Microsoft Word dibawah dan rujuk surat arahan berkaitan. Bagi borang PTGP 3, pihak sekolah perlu mengisi borang PTGP 3 berbentuk Microsoft Excel bagi penghantaran yang dilakukan bersama borang PTGP 1 dan borang PTGP 2 ke PPD.

Sekian Terima Kasih.

Link Set Borang PTGP

Thursday, December 16, 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN BILIK DARJAH
0leh: DZULKIFLI HJ. SHAMSUDDIN
PERINGATAN KENDIRI
GURU DI BILIK DARJAH

Untuk mempastikan bilik darjah saya diurus dengan baik saya perlu merancang dengan teliti segala peraturan, prosedur organisasi dan pengajaran di bilik darjah.
Saya perlu menjadi pengurus bilik darjah yang "proactive"(bertindak untuk menghalang sesuatu masalah daripada berlaku) dan bukan seorang pengurus bilik darjah vang "reactive" (bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah setelah ia berlaku).
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang "proactive"saya akan merancang dengan teliti perkara-perkara yang perlu saya lakukan:
A. Sebelum penggal / tahun persekolahan bermula.
B. Pada awal penggal
C. Di sepanjang tahun.
A

Tuesday, December 7, 2010

MAKLUMAN PENTING


Sila dapatkan pelbagai bahan penting untuk pengurusan akademik di sekolah tuan puan khususnya di Daerah Hulu Selangor. Anda hanya perlu klik gambar download di bahagian kiri diatas laman blog ini. Sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan bahan yang dinginkan sila ajukan terus kepada En. Samsudin bin Ahmad ditalian 03-60641881.

Monday, November 22, 2010

MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI PERTAMA 2011

Makluman buat warga pentadbir sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor.
Berikut akan diadakan Mesyuarat Induk Kurikulum Kali Pertama 2011 pada ketetapan seperti tersebut:-

Mesyuarat Induk Kurikulum Sekolah Menengah
Tarikh : 24hb. November 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 3 PPD Hulu Selangor

Mesyuarat Induk Kurikulum Sekolah Rendah
Tarikh : 26hb. November 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 3 PPD Hulu Selangor

Wednesday, November 3, 2010

Laman Web PPDHS Telah dilancar

Berikut dimaklumkan bahawa laman Web PPD Hulu Selangor baru dilancar semula bagi maklumat terkini bagi semua Sektor Di PPD Hulu Selangor. Sila layari laman seperti yang tercatat dibawah ini.

http://www.moe.gov.my/ppdhselangor/v1/


Thursday, October 14, 2010

PENGGABUNGAN DATA SAP PERCUBAAN SPM 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Penggabungan Data Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) dan Headcount Peperiksaan Percubaan SPM Daerah Hulu Selangor 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor

Semua Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor dikehendaki mengarahkan seorang Penyelaras SAP SPM untuk hadir bagi tujuan penggabungan data tersebut.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Bagi murid-murid Tingkatan 4, Tingkatan 2 dan Tahun 5 mulai 15 Oktober 2010. Ucapan selamat berjaya dan dipermudahkan dalam menjawab soalan. Good luck!!!

Wednesday, October 13, 2010

ENHANCING TEACHING AND LEARNING ENGLISH THROUGH LITERATURE COURSE FOR FORM 2 AND FORM 5 2011

This course will be held as below:
Date : 01 - 02 November 2010
Venue : PKG Kalumpang
Hope this course will expand our knowledge and techniques in teaching literature. So, enjoy it.

Note:
Please bring:-
- writing equipment
- claim form (for three days, taxi fare)
- photocopied account bank book

KURSUS/BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PANITIA-UNTUK KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS (SEKOLAH RENDAH)

This course will be held as above:
Date : 18 - 20 October 2010
Venue : Marina Cove Resort, Lumut

KURSUS KSSR BAHASA MELAYU TAHUN SATU 2011

Untuk makluman semua guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kursus ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
tarikh : 19 - 21 Oktober 2010
tempat : SK Kalumpang

Nota:
Sila bawa bersama:
- alat tulis
- borang tuntutan perjalanan (untuk 3 hari, tambang teksi)
- salinan buku akaun bank

KURSUS KSSR BAHASA INGGERIS TAHUN SATU 2011

attention to all primary schools English Language teachers,
the course will be held as below:
date : 19 -21 October 2010
venue : pkg kalumpang

Reminder:
Please bring:
-writing equipment
-claim form (for three days, taxi fare)
-photocopied account bank book

like to share this saying:
'ALL THINGS ARE DIFFICULT BEFORE THEY ARE EASY '

Sunday, October 10, 2010

MAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL TOV TINGKATAN 2

Mohon maaf atas segala kesulitan. Disini dimaklumkan Jadual bagi Ujian TOV Tingkatan 2 bagi subjek Moral di tetapkan pada Hari Jumaat 29 Oktober 2010. Bagi Sesi Pagi: 7.45 pagi hingga 9.15 pagi.  Sesi petang pula 2.30 petang hingga 4.00 petang. Sebarang masalah sila ajukan kepada Penguusan Akademik PPD Hulu Selangor.

Thursday, September 30, 2010

PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN TOV UPSR, PMR, SPM 2011

Berikut dimaklumkan bahawa CD soalan dan jadual TOV UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2011 oleh PPD pada 29 September di peti surat sekolah masing-masing.

Makluman terkini berlaku beberapa perubahan khususnya pada jadual PMR dan SPM tersebut.

Sila klik alamat laman JPN Selangor di bawah:

http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/


Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Pengurusan Akademik di PPD Hulu Selangor.

Sunday, September 26, 2010

PEMANTAUAN PROGRAM NKRA 2010

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMANTAU KEPADA PASUKAN PEMANTAU DARIPADA :

1. JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI PUTRAJAYA
2.
JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI SELANGOR
3.
JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI WILAYAH PERSEKUTUAN
4. BAHAGIAN-BAHAGIAN DARIPADA KPM
5. JABATAN PELAJARAN SELANGOR
6. PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK

BAGI PELAKSANAAN PROGRAM NKRA - SUB NKRA LINUS 2010 DI 28 BUAH SEKOLAH DI DAERAH INI.

SEMOGA PEMANTAUAN INI AKAN MEMANTAPKAN LAGI PELAKSANAAN PROGRAM INI DI DAERAH HULU SELANGOR.

Friday, September 3, 2010

SALAM TAKZIAH !

Pagi tadi, jam 5.15 pagi ketika ramai umat Islam sedang bersahur, kami dikejutkan sekali lagi dengan panggilan telefon daripada En. Zailani bin Karim (Pen. Penyelia Bekalan dan Pembangunan PPDHS) yang memaklumkan bahawa ayahanda tercintanya telah pulang ke rahmatullah.

Dalam ketika Ramadhan yang menjengah ke angka 25, pemergian pada saat Hari Raya Aidilfitri yang semakin muncul; bukanlah suatu yang dapat dihadapi jika ketabahan tiada pada diri ini. Bagi kami di Pengurusan Akademik, hanya Al Fatihah dapat kami sampaikan semoga Allahyarham Karim dapat dimasukkan dalam golongan umat Islam yang beriman.


p/s - Buat pembaca sekalian, dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki ini, kita kuatkan semangat untuk lebih gigih beribadah kerana siapa tahu ini adalah Ramadhan kita yang terakhir. Selamat mengejar malam Lailatulqadar!

Tuesday, August 31, 2010

SALAM TAKZIAH!

Hari Sabtu bersamaan 28 Ogos 2010; pihak kami telah mendapat berita sedih atas kepulangan ke rahmatullah suami salah seorang guru kita yang mengajar di SK Ulu Yam Bharu. Adalah difahamkan bahawa Allahyarham telah tidak sedarkan diri sebelum menjalani proses hemodylasis.

Bagi pihak Pengurusan Akademik dan semua warga PPDHS, kami merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Nurunaini binti Yub Zakaria dan anak-anak. Sesungguhnya Allah s.w.t. amat menyayangi Allahyarham dan didoakan agar arwah dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah!

LAPORAN LDP 'SCHOOL-BASED' 2010

Makluman kepada semua Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan 'School-Based' 2010; tuan-tuan dikehendaki memulangkan semula

1. Lampiran A-1
2. Lampiran A - 2
3. Lampiran A-3

kepada Pegawai Khas Akademik selewat-lewatnya pada 3 September 2010 untuk urusan penggabungan data di peringkat daerah Hulu Selangor.

Sayugia diingatkan, semua SU LDP tidak perlu menghantar salinan Kad Pelaporan Latihan dan salinan sinopsis buku yang dibaca untuk kali ini. Sila simpan perkara tersebut dalam fail Pengurusan LDPSB.

Kerjasama pihak tuan untuk mematuhi tarikh yang dinyatakan adalah amat diharapkan.

SELAMAT DATANG !

Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran 3 orang FasiLINUS yang akan memulakan khidmatnya di sektor ini mulai 1 September 2010. Mereka ialah :

FasiLINUS Bahasa Melayu
1. Pn. Ummal Salmah binti MS Sultan

FasiLINUS Matematik
1. Tn. Hj. Azman bin Abdul Rashid
2. En. Halim bin Sayuti

Semoga dengan kehadiran mereka akan memantapkan lagi pengurusan LINUS di PPD dan dapat membantu sekolah-sekolah dalam pengurusan serta P & P LINUS.

Kesemua fasiLINUS boleh dihubungi melalui talian 60641881.

Monday, August 23, 2010

Kemasukan Markah Kompetensi Modular dan Cetakan Sijil MPV 2010

Kepada semua guru-guru pelaksana MPV Daerah Hulu Selangor,

1. Kemasukan markah bagi kompetensi Modular MPV/MPAV perlu dimasukkan atas talian (online) akan dibuka mulai 23 Ogos hingga 30 September 2010 (www.lpm.gov.my)

2. Tuan/puan dikehendaki menyerahkan cetakan (Borang Eviden LPM 04) yang telah ditandatangi oleh Pengetua sekolah dan pentaksir ke Lembaga Peperiksaan secepat mungkin selepas kemasukan markah dibuat.

KUTV PPDHS

DATA GURU/MURID PTV PPDHS 31 JULAI 2010

Kepada semua GKMP Teknik dan Voksaional.

Sila hantar data tersebut dengan segera sebelum 30 Ogos 2010.
Kepada yang telah menghantarnya diucapkan terima kasih.

KUTV PPDHS

Sunday, August 22, 2010

Bahan Ujian Bahasa Inggeris SPM

Makluman buat Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor.

Anda boleh dapatkan muat turun soalan:

1.SOALAN LATIH TUBI Bahasa Inggeris SPM

dialamat sesawang http://www.4shared.com/ berikut menggunakan talian jaringan broadband.

Sila isi ID Email : akademikppdhs@gmail.com
Password: bahan



Sekian terima kasih...

Tuesday, August 17, 2010

SOALAN LATIH TUBI MATEMATIK PMR DAN SAINS

Makluman buat Guru Matematik di Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor.

Anda boleh dapatkan muat turun soalan:

1.SOALAN SELARAS MATEMATIK PMR Daerah 2010
2.SOALAN SERARAS MATEMATIK SPM DAERAH 2010

dialamat sesawang http://www.4shared.com/ berikut menggunakan talian jaringan broadband.

Sila isi ID Email : akademikppdhs@gmail.com
Password: bahan



Sekian terima kasih...

Sunday, August 15, 2010

TERIMA KASIH

PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA JURULATIH UTAMA KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS TAHUN 4 DAN 5 HULU SELANGOR YANG TELAH DIADAKAN DI PKG KALUMPANG DAN SK KALUMPANG. JASA TUAN-TUAN AMAT BERNILAI KEPADA KAMI.

1. PN. SARALA A/P SUBRAMANYAM
2. EN. ZAIMI BIN SHAH BHARI
3. PN. NAZMIN BINTI MOHD. NOR
4. PN. NORHASIMAH BINTI ISMAIL
5. PN. SARASWATHY DEVI A/P KARUPPIAH
6. PN. NOOR AZNI BINTI ABDUL AZIZ

AUDIT PENGESAHAN ISO

PADA 23 - 24 OGOS 2010, PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR AKAN DI AUDIT BAGI PENGESAHAN PEMBERIAN SIJIL MS ISO 9001 : 2008 KEPADA JABATAN PELAJARAN SELANGOR.

SKOP YANG AKAN DIPANTAU DI PENGURUSAN AKADEMIK :

1. PEMANTAUAN KURIKULUM.
2. PENYEBARAN BAHAN KURIKULUM
3. PENGURUSAN PEPERIKSAAN.
4. KAJIAN TINDAKAN

KEPADA SEMUA PEGAWAI, SELAMAT BERSEDIA DAN KEPADA PEMANTAU; SELAMAT DATANG KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR.

SELAMAT BERPUASA.

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA. SEMOGA SEMUA WARGA PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR AKAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENINGKATKAN IBADAT DI SEPANJANG BULAN PUASA INI.

SELAMAT BERSARA.

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA KEPADA TUAN HJ. ANUAR BIN MAHAD YANG AKAN MENAMATKAN PERKHIDMATANNYA. SEBAGAI PENYELIA BEKALAN DAN BANGUNAN, BELIAU BANYAK MENYUMBANG BAKTI DAN MEMBANTU SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PEMBANGUNAN DI SEKOLAH-SEKOLAH.

SELAMAT BERSARA DARIPADA KAMI.

SELAMAT DATANG !

PENGURUSAN AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR KE-10 YANG MEMULAKAN KHIDMAT PADA 16 JULAI 2010.

SEMOGA TUAN HJ. MAT JAH BIN ROSLAN AKAN MEMBAWA PPD HULU SELANGOR KE ARAH KETERBILANGAN.

Monday, August 9, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM BIL : 02/2010

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM DAERAH HULU SELANGOR BIL : 2 / 2010

PENGURUSAN AKADEMIK TELAH / AKAN MENGADAKAN MESYUARAT TERSEBUT SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH :

SASARAN : SK
TARIKH : 6 OGOS 2010
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : SK KALUMPANG

SASARAN : SJK
TARIKH : 9 OGOS 2010
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PPD HULU SELANGOR

SASARAN : SM
TARIKH : 10 OGOS 2010
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : SMK BUKIT SENTOSA (2)

KEHADIRAN : SEMUA PENGETUA DAN PK KURIKULUM

Sunday, June 27, 2010

BENGKEL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SR HULU SELANGOR






Ribuan terima kasih atas kerjasama semua penyelaras SAP sekolah rendah. Pada 28 Jun 2010 kesemua sekolah rendah berjaya menghantar maklumat yang diarahkan. Salam terima kasih sekali lagi.

SURAT PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN

Friday, June 11, 2010

Skema Jawapan Geografi SPM

Buat Guru Geografi SPM, Skema jawapan ujian geografi baru-baru ini sudah ada pembetulan dan diedarkan melalui www.4shared.com. Sila berhubung terus kepada En. Samsudin jika guru berkaitan masih bermasalah untuk mendapatkannya..

Monday, June 7, 2010

SOALAN LATIH TUBI BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH 2010

Makluman buat Guru BM dan Guru BI di Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor.

Anda boleh dapatkan muat turun soalan:

1.Latih Tubi Bahasa Melayu SPM
2.Latih Tubi Bahasa Melayu PMR
3.Latih Tubi Bahasa Inggeris PMR

dialamat sesawang www.4shared.com berikut menggunakan talian jaringan broadband.

Sila isi ID Email : akademikppdhs@gmail.com
Password: bahan

Sebagai makluman tambahan,

Bagi soalan Latih Tubi Bahasa Inggeris SPM boleh dimuat turun dua minggu selepas sekolah dibuka semula

Sekian terima kasih...

TAHNIAH!


Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pn. Hjh. Norishah binti Abu Bakar (SK Ampang Pecah) kerana telah berjaya muncul Naib Johan Kategori Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2010.

Guru Cemerlang Sains ini telah menerima hadiahnya pada Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Kuantan Pahang. Beliau telah mempertaruhkan bahan inovatifnya "Modul SUSAP" bagi mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Sains UPSR.

Thursday, May 20, 2010

BORANG LINUS UNTUK PEMANTAUAN

Bagi pengguna talian jaringan persendirian samada broadband atau streamyx sila layari alamat sesawang berikut:

http://www.4shared.com/account/home.jsp



bagi mendapatkan borang pemantauan LINUS dengan segera.

Sila muat turun borang dalam folder berkenaan.

Sekiranya perlu mengisi email user dan password sila isi seperti berikut:


User email: akademikppdhs@gmail.com

Password : bahan


Nota penting setelah berjaya muat turun sila tutup paparan sesawang tanpa sign out agar sekolah lain tidak menghadapi masalah untuk muat turun borang berkenaan...


Sebagai makluman tambahan pemantauan boleh dilakukan selepas 2 Julai 2010 dan salinan hardcopy dapatan pemantauan perlulah dihantar kepada Pn. Hajah Hamidah di PPD Hulu Selangor sebagai bukti pemantauan.


Makluman Penting Unit-Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

BERITA TERKINI PRIHAL AKADEMIK

BIJAK BESTARI ( Siri 6)


And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .

(Surah al-Israa', 17:24)