Setelah penat belajar dan mengajar selama hampir dua bulan, sudah tiba masanya para guru dan murid berehat sebentar selama seminggu. Semoga cuti ini dapat menghilangkan stress dalam kalangan guru-guru agar dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran separuh semester pertama yang kedua.
Kepada yang akan pulang bercuti ke kampung, berhati-hati memandu. Gunakan RnR jikalau mengantuk serta jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai statistik kemalangan. Mulakan dengan bismillah serta doa naik kenderaan.
Kepada yang mempunyai anak yang baru sahaja menerima keputusan SPM dan STPM 2009, berkunjunglah ke karnival IPTA yang akan berlangsung. Berikanlah pendedahan kepada anak-anak agar mereka memilih jurusan yang sesuai.
Kepada guru-guru yang akan ke jinjang pelamin, Selamat Pengantin Bharu daripada kami. Jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi.
Yang tidak ke mana-mana, jangan lupa membawa kaum keluarga ke Pesta Buku 2010.
Sektor Pengurusan Akademik ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua sekolah yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2009 serta murid-murid yang telah meraih straight A's. Kami akan berkongsi dengan pembaca berkenaan keputusan SPM daerah Hulu Selangor 2009.
Pada 18 Februari 2010 yang lalu, Pengurusan Akademik telah berkampung sejak pukul 7.30 pagi lagi untuk pemantauan berkelompok di SK Sungai Selisek. Pemantauan kali ini diketuai oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik, Ketua Unit Sains dan Matematik, Ketua Unit Teknik dan Vokasional, Ketua Unit Sains Kemanusiaan, Pegawai KBSR dan Penyelia j-QAF.
Pada pemantauan kali ini, kami berjaya memantau 7 sesi pengajaran dan pembelajaran, pusat sumber sekolah, pengurusan fail kurikulum dan Program Gerakan Membaca SK Sungai Selisek. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga sekolah atas kerjasama dan layanan yang diberikan serta kesanggupan menunggu sehingga jam 2.00 petang untuk sesi taklimat pasca pemantauan.
Minggu lepas, blogger telah ditemui oleh seorang guru yang berada dalam keadaan yang amat stress. Kasihan melihat dan mendengar masalah yang disampaikan tetapi atas dasar empati, kita hanya dapat berkongsi masalah sekadar di luaran sahaja. Mata yang memandang sudah pasti tidak sama dengan bahu yang memikul.
Guru itu menanggung masalah kerana dia tersepit dalam kemelut organisasinya yang tidak pasti ke mana arah tujuan. Dia yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru yang boleh 'transform' organisasinya telah terpinggir malahan ramai yang mencemuhnya. Dia rasa begitu kesendirian dalam meneruskan hidupnya di sekolah tersebut. Perasaan serta cemuhan ini menyebabkan dirinya berada dalam tertekan dan impaknya, dia benci akan sekolahnya, rakan-rakannya serta pentadbirnya yang masih berada dalam zon selesa yang menakutkannya serta tidak melihat kecemerlangan dalam mata kaca mata seorang pemimpin.
Argh... bukan senang kami di SPA PPDHS ingin membantu kerana ingin menyelesaikan masalah ini bagaikan menarik selumbar di dalam daging, dibiarkan sakit, ditarik juga sakit, dicungkil juga sakit. Bukan mudah diselesaikan kerana pasti banyak hati yang terluka kalau kami campur tangan dalam hal tersebut.
Tiba-tiba semalam blogger terbaca Buletin IAB, Bilangan 2/2007; mungkin ramai antara kita pernah mendengar dan membaca (terutamanya peserta Kursus ETeMS). Adalah baik kiranya blogger berkongsi dengan guru yang tertekan serta siapa sahaja supaya ini menjadi penampan kepada tergelincirnya sebuah keretapi daripada rel untuk ke stesen seterusnya.
A carrot, an egg and a cup of coffee ...
A young woman went to her mother and told her about her life and how things were so hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed as one problem was solved, a new one arose.
Her mother took her to the kitchen. She filled three pots with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to boil. In the first placed carrots, in the the second she placed eggs, and the last she placed ground coffee beans. She let them sit and boil, without saying a word.
In about 20 minutes she turned off the burners. She fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and placed them in a bowl. Then she ladled the coffee out and placed it in a bowl.
Turning to her daughter, she asked, "Tell me what you see?"
"Carrots, eggs and coffee," she replied. Her mother brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and noted that they were soft. The mother then asked the daughter to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard boiled egg.
Finally, the mother asked the daughter to sip the coffee. The daughter smiled as she tasted its rich aroma. The daughter then asked , "What does it mean, mother?"
Her mother explained that each of these objects had faced the same adversity; boiling water. Each reacted differently.
The carrot went in strong , hard and unrelenting. However, after being subjected to the boiling water, it softened and became weak.
The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but after sitting through the boiling water, its inside became hardened.
The ground coffee beans were unique, however. After they were in the boiling water, they had changed the water.
"Which are you?" she asked her daughter. "When adversity knocks on our door, how do you respond?"
Are you a carrot, an egg or a coffee bean? Think of this, which am I?
Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength? Am I the egg that starts wit a malleable heart, but changes with the heat? Did I have a fluid spirit but after a death, a breakup, a financial hardship or some other trial, have I become hardened and stiff? Does my shell look the same, but on the inside am I bitter and though with a tiff spirit and hardened heart? Or am I like the coffee bean? The bean actually changes the hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets hot, it releases the fragrance and flavor. If you are like the bean, whwn things are at their worst, you get better and change the situation around you.
When the hour is the darkest and trials are their greatest, do you elevate yourself to another level? How do you handle adversity?
Tanyalah pada diri kita sendiri, mana pilihan kita. Semoga guru yang berkongsi masalah dengan blogger atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dengan organisasi akan memilih salah satu antara tiga... lobak, telur atau pun biji kopi...
[ Dalam ayat Al Quran (dengan izin bagi bagi yang bukan beragama Islam);
18.Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? dan banyak di antara manusia yang Telah ditetapkan azab atasnya. dan barangsiapa yang dihinakan Allah Maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dia kehendaki.
MULAI 1 MAC 2010, NO TALIAN MEJA PENGURUSAN AKADEMIK ADALAH SEPERTI YANG DINYATAKAN DI BAWAH :
PEN. PPD AKADEMIK / KU BAHASA - 60645986 KU SAINS KEMANUSIAAN DAN KU TEKNIK DAN VOKASIONAL - 60651101 KU SAINS & MATEMATIK DAN PENYELIA PEND. ISLAM - 6065 1102 PENGELOLA CEMERLANG PEPERIKSAAN - 60641926 PEGAWAI KHAS PEP, STAF MPM DAN PEN. PENY PEND. ISLAM - 60641881 PENYELIA KBSR & PENYELIA AKADEMIK - 60641818
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK 1432HIJRAH
-
Renungan buat semua.....
" Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, sup...
-
Kem Kecemerlangan Prestasi Sains Zon Tengah Daerah Hulu Selangor 2012 di SK
Lembah Beringin. Seramai 120 orang murid telah turut serta. Penceramah En
Abd...
PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PPPA SPM SELANGOR 2011
-
Kepada,
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah
Daerah Hulu Selangor
Sukacita dimaklumkan bahawa soalan bagi PPPA SPM Ng Selangor boleh diambil
seperti...
And treat them with humility, out of tenderness and mercy and pray (for them by saying): ?O Lord! Be merciful to them as they cherished and reared me when I was a child .